Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Cerpen Bumi: Dog Eat Dog

Talhah dan Lamka Idah duduk di kerusi yang disediakan di luar pejabat The Parrot. Sebentar tadi ada beberapa orang perempuan keluar masuk. Mereka menyuruh dia dan Lamka Idah agar duduk dulu di luar. Bang Jamal dan Mohd. Effendy juga dia sempat bersalaman, tapi raut wajah mereka tegang.  Rambut Talhah masih basah. Dia bangun lewat. Ada kesan menitik air dari rambutnya. Tak sempat dikeringkan. Bilik sewa hariannya yang disewa agak berdekatan dengan tempat kerja. Tapi tuan rumah yang muka masam itu pula dengan anaknya mandi lambat-lambat. Itu yang buat dia terlambat. Berbeza dengan Lamka Idah yang duduk di sebelahnya, yang lebih kemas. Rambut Lamka Idah disikat rapi. Tadi semasa dia termengah-mengah berlari untuk sampai ke pejabat The Parrot, yang dron ke sana sini lintang pukang dia tak peduli, dia nampak Lamka Idah keluar dari aircar nya yang mewah. Dia sedikit terpegun. Tapi dia tak boleh kalah. Atau nampak lemah.  "Kenapa kau nak minta kerja ni?" tanya Talhah. Dia kenal siap...

Catatan Terbaharu

aktif

sibuk

Rekomen

Tentang con artist.

Banyak tulis pasal anime dan manga di sini

Semua salah syaitan dan iblis.

Akira Toriyama yang mantap!

Spriggan tetap hebat!

anarkisme egois/individualist anarchist dalam Samurai Champloo

Samurai Champloo yang superb!