Jumaat, 11 Januari 2019

anarkisme egois/individualist anarchist dalam Samurai Champloo

Duit juga menjadi sindiran yang tajam dalam Samurai Champloo. Berkali-kali diperlihatkan bahawa samurai pada masa dulu sememangnya tidak membawa apa-apa, melainkan pedangnya - yang dianggap sebagai soul -pada Jin sekurang-kurangnya- Dari episod awal anime ini dipertontonkan kepada kita, duit itu agak leceh dibawa mereka. Mereka pergi mengembara ke mana-mana -mengikuti Fuu- hanya berbekalkan pedang mereka sahaja. Jika tiada duit, mereka cari kerja - berkhidmat sebagai pengawal keselamatan atau apa sahaja - dah kenyang makan, teruskan berjalan. Sememangnya kehidupan sebegini sangatlah senang sekali.

Selain itu, idea egoist anarchist sangat bercokol pada Mugen. Dia seorang yang suka berlawan. Kerana itu seperti dalam posting yang lepas, apa maknanya menjadi pengawal keselamatan jika tidak boleh berlawan? Dia tidak suka dikongkong. Dia adalah seorang yang makin ditahan, makin melawan. Makin dikekang makin menentang. Tiada sultan, kerajaan, amaran mana pun mampu menyekat kemaraan seorang Mugen. Dia seorang yang suka mencabar batasan dirinya. Maka kerana itu dia menjadi semakin tak terlawan.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...