Jumaat, 26 Jun 2015

menghidupkan kembali tradisi persuratan,

maksudnya, tradisi surat menyurat, kalau dalam bahasa moden pada hari ini, melalui email.
aku sudah tak percaya kepada Facebook sebenarnya. ruangnya yang terlalu mudah menyebabkan semua orang menjadi rajin melontar maklumat (bukan pengetahuan) atau apa yang didengarnya ke ruang awam, 
dan kita pula menjadi terlalu mudah percaya kepada apa - apa sahaja yang didengar, dilihat, dirasa, disentuh, tanpa mempunyai keberanian untuk mempertikaikan apa - apa sahaja yang lalu di hadapan kita, generasi yang terlalu mudah percaya, ya inilah generasi yang berdiri di hadapan kita pada hari ini,
kita menolak masa yang terlalu lama untuk faham, terlalu cepat membuat keputusan, terlalu cepat inginkan orang lain memahami apa - apa sahaja yang kita cetuskan, yang kita tuliskan, 
kita tak mahu menjadi penunggu yang sabar melihat benih bertunas menjadi pokok terlebih dahulu sebelum membuahkan hasil, 
tidak ada lagi penghormatan kepada karya - karya masa lalu, semuanya adalah cebisan yang sekadar diraikan, dirayakan untuk ratapan peringatan, penghargaan adalah keberanian memikirkan semula kebenaran tersebut, bukan menerima bulat - bulat, menelan mentah - mentah, ini adalah sebuah lagi jenis kebodohan, sejenis lagi pembaziran,

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...