Isnin, 24 Disember 2018

Puppeter, kartunis yang superb!

ya, aku bukan sahaja membaca manga-manga Jepun (peminat tegar, walaupun belum capai makam die-hard-fans) tetapi juga membaca komik-komik Malaysia. aku peminat, pengagum, pemuja komik/ilustrasi. ini antara manusia mencapai fantasi yang seksi. jadi bukan sahaja komik/manga berlevel antarabangsa/international, tetapi juga tempatan. dan tempatan bukanlah semestinya Melayu. mungkin kerana aku melihat komik yang dihasilkan terutama di Apo/Ujang/ dan terbaru Bekazon, terlalu banyak lawak. aku tak berapa minat sangat lawak. dan lawak ni, jika kita selalu perhatikan, ia banyak sekali digunakan untuk mengutuk sifat-sifat genetik seseorang. 

jadi selain Zint, aku juga mula meminati Puppeter. Walaupun dulu aku tak berapa minat style lukisan dia. mungkin sebab efek Dragon Ball yang terlalu menebal dan santai.. Sementara Pupperter lebih dark dan bertema Apocalypse - ini adalah tema yang jarang diteroka pengkarya Melayu, mungkin kerana mereka memikirkan dunia sedia ada sudah stabil dan tak akan tergoyahkan. 

Foto di bawah adalah karyanya yang aku minat sungguh. Mungkin kerana temanya, Post Apocalypse, ini adalah tema kegemaranku, walaupun sehingga sekarang aku belum menghasilkan apa-apa fiksyen tentang tema itu. 

Dalam cerita ini, ada satu watak yang berperut buncit. Ha ha ha ha! Aku rasa ini cool. Mungkin rasa ini baru muncul sekarang, kerana aku pun sedikit buncit. Selain itu kenapa aku kata cool, kerana hero sering sahaja ditonjolkan sebagai berbadan sado seperti hero-hero Marvel dan DC. Aku rasa kelainan pada cerita ini, walaupun sebenarnya watak dalam fiksyen Puppeter ini bukanlah hero, tetapi side-kick, tetapi ini adalah watak side-kick yang kick ass! 



Selingan: Akira Toriyama juga menghasilkan karya bertema Post Apocalypse, iaitu Sandland. Ini juga aku sangat minat!

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...