Sabtu, 22 Disember 2018

Zint yang menghiburkan

Aku bukanlah peminat bertaraf kipas-susah-mati (diterjemah harfiah dari die-hard-fan) beliau, apatah lagi Gempakstarz. Buktinya, walaupun dulu aku boleh dikatakan menggemari komik tempatan di sekolah agama rakyat selepas Kreko, aku tetap tak menyimpan majalah-majalah komik itu. Entah semuanya sudah kena bakar ke apa, aku dah tak ingat.

Ya, aku lebih gemarkan Kreko (majalah komik Jepun), yang mana aku merasakan komik Jepun @ manga Jepun lebih teliti dan mempunyai isi. Berbanding komik-komik tempatan yang banyak berlawak (edisi Melayu) sementara yang lain macam tak ada halatuju, atau tak tahu ke mana nak kembangkan lagi isi (edisi Cina macam Gempakstarz).

Tapi itu pun tak boleh disalahkan kepada kartunis semata-mata. Dan aku pun tak berminat juga jika "isi" yang dimaksudkan itu adalah berupa "hidung Mahathir". Itu level Zunar bolehlah. "Isi" tidak semestinya politikal. Isi boleh sahaja berupa idea, isu, trend, imaginasi, futuristik dan terlalu banyak lagi untuk disebutkan. Tetapi nampaknya di Malaysia semacam terlalu banyak tembok (juga tembolok) untuk dilepasi. Maka jadilah pengkarya kita (bukan sahaja kartunis) tak dapat nak berkarya lebih kreatif. Maka terpaksalah mereka yang terlalu handal, keluar negara.

Tapi Zint, aku fikir ia adalah sebahagian dari momen kecilku. Karya-karyanya memang mempunyai "isi" atau sekurangnya merakam zaman, trend, imaginasi, futuristik. Aku fikir Zint layak mendapat Tokoh Kartunis Negara (jika adalah anugerah itu).

Teruskan berkarya saudara. Saya sehingga kini masih cuba mencari karya-karya saudara untuk dibaca dan dikenang sebagai sebahagian dari momen kecil saya.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...