Jumaat, 17 Ogos 2018

percubaan merasionalkan superhero..

Jika ditengok filem-filem superhero, baik dari DC atau MCU (versi live action), kita akan dapati bagaimana pembikin filem Hollywood cuba merasionalkan superhero mereka. Bahawasanya superhero itu bukanlah gegabah semudah memakan muntah hantu. Spider-Man: Homecoming sebagai contoh lakonan Tom Holland, kita dapat melihat betapa Peter Parker bukanlah manusia yang begitu luarbiasa. Selain zaman remajanya, menyaksikan ketika bertarung berhempas-pulas dan dihempap kepingan dinding batu-bata dalam perlawanannya dengan Vulture, dia begitu bersusah-payah untuk mengangkat beban yang menimpanya. Peter Parker kembali teringat pesanan Tony Stark bahawa, jika kau fikir kau bukan siapa-siapa tanpa suit (suit yang direka khas Tony Stark), maka kau bukanlah siapa-siapa.

Begitu juga dengan terbaru, Batman vs Superman di mana watak Batman dijayakan dengan sangat baik oleh Ben Affleck, menunjukkan ketika Superman tengah bergasak dengan alien dan reruntuhan bangunan, Bruce atau Batman juga bersusah payah untuk menyelamatkan mangsa reruntuhan perang dua alien itu. Dan kita dapat menyaksikan bahawa Bruce berlatih begitu dahsyat untuk menjadi seorang Batman. Menunjukkan tiada apa-apa yang ajaib, melainkan kerja yang sangat keras. Dan akhirnya, kerja keras dapat mengalahkan keajaiban apabila Batman berjaya memukul Superman hingga Superman jatuh.

Tapi tak cukup sekadar dua filem superhero ini sahaja, harus ditonton juga filem Unbreakable di mana wujudnya kepercayaan bahawa superhero itu boleh jadi di tengah-tengah kita, berada di antara kita.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...