Pemikiran Agen

Aku pernah cakap tentang ini pada Fazril, suatu ketika dahulu, di sebuah tempat di Universiti Malaya, mungkin di surau API jika aku tak salah. Ketika itu dia masih bujang. Dia dengan kawannya, aku tak ingat siapa nama. Aku bercakap tentang pemikiran agen, atau ejen(?).

Kataku sepertimana Afghani, Tan Malaka (mungkin juga aku tak sebutkan tentang Tan Malaka, tapi kedua-dua watak ini mempunyai persamaan), bahawa kita kena ramai orang berpemikiran sepertimana mereka. Watak yang nomadik yang menyebarkan idea-idea perlawanan. Berbanding watak-watak kepengikutan. 

Pemikiran agen penting, untuk merembeskan idea. Boleh dikatakan semua pemikir bertaraf ideologue adalah sang agen. Mereka tidak duduk diam atau tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerjanya. Jika tak ada kerja, dia pergi cari kerja. Dan kerja yang dimaksudkan, bukanlah bertaraf kuli, tetapi jika di tempat kuli, dia membuat kerja sebagai agitator. 

Penulis, pemikir, aktivis dan ramai lagi adalah agen. Kemungkinan pusat kawalan atau markas operasi telah pun lama roboh. Tetapi sang agen terus bekerja seolah-olah mereka tidak tahu apa yang berlaku di pusat kawalan. Mereka menyebarkan idea, mereka menyedarkan massa, mereka bukan melahirkan insan-insan bertaraf pengikut, tetapi pemikir, atau agen juga. Kemungkinan agen seterusnya tidak setegap agen yang pertama. Tetapi agen seterusnya membina sekolah, mendirikan madrasah, membangunkan massa, mengkader aktivis-aktivis baru. Beza yang pertama dan seterusnya adalah, yang pertama tak sempat fikir nak hidup macam orang lain. Perkahwinan adalah luxury. Hidup menetap tak cocok buat dirinya.

Fazril pun dah kahwin. Sudah pandai pakai baju batik. Dan aku masih meneruskan membuat kerja sepertimana biasa. 

Ulasan

Catatan Popular