Aku juga pekerja..
Ya, sememangnya aku peniaga.. kerana aku tak mampu bekerja dengan orang lain.. suatu fik(r)ah yang rebel.. dan aku maklum, cara untuk dapatkan duit di dunia ini adalah dengan bekerja, atau berniaga.. jika kau tak mampu bekerja, kau berniaga.. jika tak mampu berniaga, kau bekerja.. tiada cara lain lagi..
Tapi aku juga pekerja.. dalam ertikata lain, aku bekerja sebagai kuli dan juga bos dalam REPUBLIKBUKU -bukankah ini yang diajarkan oleh ideologi Kiri, iaitu pekerja itu adalah raja atau bos, bukan menjadi terasing dalam pengeluaran barang yang dihasilkan?
Tapi parti Kiri mana yang ambil berat pada kuli dan bos yang indipenden terhadap pemerasan sesama manusia ini? Aku tak ambil pekerja dalam skala yang ramai, kalau ada yang terlibat dengan aku pun, adalah dalam ertikata 'gig economy', iaitu aku bayar apa yang sepatutnya dan semampunya aku bayar.. dia makan apa yang aku makan.. aku tak boleh enjoy jika dia pun tak enjoy.. ini falsafah pekerjaan yang dipegang..
Tapi takpa.. Aku pun tak suka berharap pada mana-mana parti/kumpulan Kiri untuk menyokong idealisme dan pembawaan aku. Menjadi indipenden bererti mandiri dan maju ke hadapan.. Jadi lawan kepadanya adalah fikrah dependency; iaitu fikrah yang hendak bergantung sahaja.. Ini fikrah yang lemah.. Fikrah ini tidak sesuai dan tidak mampu bertahan lama..
Dan kualiti produk itu mestilah terbaik.. Menggunakan barang-barang terbaik, dan kalaupun customer not always right, tapi aku perlu menjaga customer-customer aku sebaik mungkin.. Jika mereka tidak menyokong aku, maka habislah aku.. Tapi aku tak suka sokongan yang bawa rebah.. Tak mahu sokongan atas dasar kesian.. Aku nak sokongan atas dasar produk itu bagus, berkualiti dan ada manfaat untuk pelanggan.. Jadi ia bukan konsumerisme yang tiada erti..
Menghasilkan barangan yang bagus adalah tanggungjawab pekerja dan bos indipenden yang mahu menjadi bermanfaat untuk masyarakat..

Ulasan