teori tak semestinya benar, aksi tak semestinya salah

banyak contoh macam ni. dalam kes Karl Marx lebih ketara. apa yang diramalkan beliau semasa duduk bertapa dalam perpustakaan London, tak semuanya menjadi -bukan bermaksud dia tak penting-

seperti Syi'ah juga yang sentiasa claim dia benar (mungkin di Malaysia, kau susah jumpa, kerana ia sekte minoriti, atau kawan kau semuanya Ahli Sunnah Wal Jamaah) tiba-tiba mereka tak menyangka akan terbit Zaidiyah, akan terbit Ismailiyah, dari Ismailiyah pula akan terbit Qaramitah. semuanya tetap terbit walaupun sudah ada Imam 12.

sekali lagi, seperti Syi'ah juga. walaupun berdegar-degar teori Imamah bermunculan dari bibir setiap Imam, Salahuddin Al-Ayyubi tetap lahir dari rahim Sunni dan tak digemari oleh kawan-kawan Syi'ah. mereka berharap Mahdi Muntazar itu keluar dari perut Syi'ah. malangnya Allah adalah Maha Unpredictable. 

begitu juga Marxist yang menolak langsung peranan agama sebagai antara faktor penting perubahan masyarakat, tup tup Revolusi Iran memang memeningkan kepala ramai orang tak bertuhan. bagaimana agama boleh beraksi?

begitu juga yang aku nampak pada Anwar, dia cuba menjadi aktor kepada pengarah skrip, Francis Fukuyama tentang kematian ideologi (lebih khususnya Kiri). dia cuba bercakap merentasi segala ideologi -membunuh ideologi ketika Arul dan Nasir Hasyim masih berkokok tentang ideologi- malangnya ketika dia hendak membunuh ideologi, dia tersodok Saiful Bukhari. alangkah tragedi.

-post ni mungkin berbau kesunni-sunnian, atau seperti mengejek Kiri, tetapi aku sudah bosan dengan pengkategorian jumud sebegini. kritikal bukan bermaksud kita membenarkan dengan segala yang dicakapkan atau menolak semua yang dicakapkan. itu sikap bedebah namanya-

Ulasan

Catatan Popular