benarkah kita mencari kebenaran?
Al-Amin, Tabayyun, sebutkan apa sahaja konsep atau nama yang sewaktu dengannya, manusia senantiasa memerlukan orang yang dipercayai,
masalah yang timbul pada kaum Quraisy ketika Nabi Muhammad (seorang yang sampai umurnya 40 dikenali sebagai Al-Amin), adalah masalah yang sama wujud pada masyarakat manusia hari ini,
kita bukannya makhluk terkutuk yang mahukan kebenaran (yang sifatnya senantiasa pahit) tetapi kita mahukan sesuatu yang hanya boleh memuaskan selera kita (yang sifatnya pastilah sentiasa menyelerakan),
jika sesuatu itu adalah bertentangan dengan keinginan kita*, ia akan ditentang mati-matian, sebab itu bagaimana orang Arab Quraisy yang mengenali Nabi dari kecik sampai besar, keluarganya, kaum kerabatnya, keamanahannya, mereka sanggup mengangkat pedang berperang dengan Nabi yang seorang ni, mengusirnya jauh ke negeri orang, kerana dia menyerukan kebenaran yang bercanggahan dengan periuk nasik (bisnes buat patung) dan segala amalan kebodohan (jahiliyyah) mereka,
(*Islam sebagai ajaran spiritual yang masih belum mati, menamakan penyakit ini sebagai nafsu, tak tahu adakah Falsafah Barat membincangkan permasalahan 'nafsu' ini)
Ulasan