betapa lemahnya penyair-penyair kita!
dapat berita betapa aniayanya kerajaan negeri Selangor dalam memperlambat-lambatkan bayaran kepada pemenang-pemenang sastera, betapa janji-janji orang politik, ternyata dari mana blok pun, tak dapat dipegang,
tetapi bagi aku, apa semua benda alah ni? kenapa penyair-penulis kita perlu begitu lemah? kenapa mereka merengek-rengek (sebahagiannya aku kenal, kawan aku sendiri), kenapa kita mesti mengadu-adu nasib kepada mereka (yang berkuasa)? bolehkah puisi menjadi senjata jika senjata kita merayu-rayu kepada mereka?
kita harus berhenti merayu-rayu, mengadu-ngadu, kalau tak, tak guna kita beretorik bahawa kita cuba 'nak jadi Thukul' kepada rakyat.
sedangkan permasalahan isi rumah kita sendiri kita belum mampu bereskan, bagaimana kita mahu memecahkan permasalahan rakyat? ini adalah dilema yang mesti diselesaikan terlebih dahulu.
penyair-penulis terdahulu mencipta nama mereka bukan dengan bayaran yang mudah -menulis, dan mendapat duit hasil tulisan/syair- itu bukan jalannya, bukan jalan yang mudah, di sini tidak ada carpet merah. mereka menulis nama mereka dalam buku-buku kita dengan peluh keringat, kadang berbayar, kadang berlapar, dan kebanyakan mereka hidup penuh derita, lebih tragis, tulisan mereka dibayar dengan darah mereka sendiri, kehilangan tempat tinggal, terpaksa melarikan diri, atau ditangkap dan disumbat dalam penjara,
betapa penyair-penulis kita terlalu lemah sehingga melutut ke bawah,
kenapa mereka tidak bersatu dan membentuk sebuah persekutuan (bukan persatuan yang hanya menjaga tembolok) mereka sendiri,
ya, ada, tetapi sekali lagi, itu bukan persekutuan, itu adalah persatuan yang hanya menjaga tembolok,
kita tak perlukan anugerah sesiapa sebenarnya, jika kita bagus, kita akan diterima, itu sahaja, jika kita tak bagus, kita akan merintih di kaki lima mereka

Ulasan