mazhab praxis
kena study lebih banyak tentang term 'praxis' ini.
aku fikir ini term yang agak canggih@jargon untuk menghuraikan kerja-kerja dan mazhab/aliran yang aku ikuti ini.
ketika baru-baru ini aku menerangkan di Johor (Kita Forum), bahawa tak mesti teori datang dahulu dari aksi. dalam kebanyakan hal, aksi mendahului teori.
Nabi Muhammad tidak membuat teori, Baginda saw beraksi, dan ulama'-ulama' yang mengemukakan teori. dan dalam kebanyakan hal, yang mengemukakan teori, hampir tak beraksi pun (oke, benda ini mungkin bergantung pada apa itu teori, dan apa itu aksi menurut kau)
sebenarnya aku belajar dari Dinsman secara tak sengaja dalam bab ini, bahawa kita nak menjadi pengemuka idea/pengkarya atau pengkritik/ahli akademik/ahli teori?
ya, kita boleh belajar untuk membuat kedua-duanya, tetapi tak semua orang mampu membuat kedua-duanya.
kita perlu saling melengkapi?
dalam kebanyakan hal, ahli teori menggagalkan aksi. mereka terlalu beriman dengan teori mereka sampai (lupa nak beraksi) menumpulkan aksi seterusnya memandulkan aksi.
terlalu banyak tahu, akhirnya aku percaya macam tak berapa berguna pun ada.
'too much knowledge, but less action'

Ulasan