Pemikir, mesti berani berkonflik !

terlalu takut berkonflik membuatkan kita menjadi bacul sebelum tempur, pendekar yang hilang tamingnya, terlalu melekat dengan keluarga, terlalu rindukan kampung, tak berani berhijrah mencabar diri, hanya membuatkan diri menjadi manja, tak terusik dengan konflik (bolehkah dibaca sebagai pancaroba ?) membuatkan kita mati sebelum sampai masanya,
mesti berani berkonflik patut menjadi tema anak muda, sebelum seronok digelar pemikir atau ideolog, melainkan dia nak jadi ahli politik lah,
sering kukatakan, lakukan apa sahaja, bukan bermaksud, lakukan tanpa fikir, bertempurlah, ambil risiko, bukan tanpa fikirlah, fikirlah, ambil masa seberapa lama pun, (bererti sedang berkonflik dengan diri sendiri, konflik tak mesti konflik luaran semata - mata, konflik paling akbar, adalah berkonflik dengan diri sendiri)
tidak ada jalan selamat (playsafe) hanya ahli politik kain batik sahaja akan menggunakan jalan ini, pemikir mestilah berseberangan, dia adalah ahli fikir, perenung bagi nasib umatnya, 

kalau tak berani nak berkonflik, eloklah join parti politik.

Ulasan

Catatan Popular