manusia, makhluk serba konflik
ya, ada tamak yang dibenarkan, bukan seluruh segmen, tidak dibenarkan tamak,
tamak kepada berkeperibadian baik, (akhlak - moral), tamak kepada pencapaian - pencapaian baik, tamak kepada benda - benda baik (barang - barang bagus), tamak kepada karya - karya (seni) baik,
ini adalah antara ciri - ciri tamak yang terpuji,
bahkan tamak dalam kekuasaan, dalam ekonomi juga, adalah sesuatu yang masih boleh dicabar, adakah seluruhnya bersifat negatif ? jika begitu, maka, kita tidak boleh ada ambitious pada kuasa dan ekonomi, maka aliran politikal kiri, harus menjadi seperti ajaran metafizik yang meninggalkan terus urusan politikal - ekonomi,
atas sebab itu, aku mahu lebih banyak belajar, lebih banyak mendengar, lebih banyak bersabar,
kehidupan ini memanglah jerih dan payah, kerana itu kita tercampak di sini, sekiranya mahu segalanya senang, kita sepatutnya dilahirkan sebagai malaikat, dan Tuhan tidak akan menduga kita, kerana kerja para malaikat adalah tunduk dan bertasbih,
manusia, (bagiku sendiri) selain makhluk metafizik, adalah juga makhluk yang serba konflik,
kita memerlukan konflik untuk terus hidup, yang tidak mempunyai konflik adalah mereka yang telah mati, atau jika dia hidup pun, jiwanya telah mati, dengan konflik kita ke hadapan, dengan konflik kita menghasilkan kemajuan, dengan konflik kita membangunkan peradaban, dengan konflik kita merancang masa hadapan (dan dengan konflik, kita belajar dari kesilapan, dan tidak lagi mengulang kesilapan di masa mendatang)
aku merajinkan diri aku lebih kerap untuk datang ke mana - mana siri diskusi jalanan atau bilik seminar atau meeting program, untuk lebih memahami bagaimana manusia - manusia lain, menguruskan konflik sesama mereka, mengendalikan tabiat masing - masing, demi mencapai cita - cita yang mereka percaya,
konflik tak dapat dielakkan, sementara mereka yang sebenarnya berjaya, bukanlah manusia yang mengelakkan diri dari konflik, tetapi mereka yang berjaya menguruskan konflik yang jatuh kepada mereka.

Ulasan