'revolusioner online'




selain kemodenan hari ini, memproduce sebanyak mungkin 'masyarakat smartphone', ianya tak kurang galak melahirkan 'revolusioner online'.
mereka begitu galak memberontak di alam maya, tetapi bila diajak turun ke jalanan, mereka tidak menyahut pula.
jangan salah faham, turun ke jalanan tidak semestinya berdemonstrasi semata - mata,
dan sekali lagi, jangan salah faham, aku tidak anti demonstrasi, aku pro demonstrasi, walaupun aku kena jujur dengan diri sendiri bahawa demonstrasi tak boleh menyelesaikan banyak permasalahan, demonstrasi juga adalah 'sunnah' kaum terpelajar yang sedar,
berdiskusi, dan mengorganisasi massa (dan juga kawan - kawan) juga dalam pengertian turun ke jalanan, bertemu mata, mengopi, mengeteh secara fizikal, adalah sebahagian dari definisi turun ke jalanan,
'menghasilkan barang sendiri' seperti menulis (bukan hanya di media sosial) dan mencetak pandangan sendiri (seperti zine), juga boleh (bagi aku, lah) dikatakan termasuk dalam definisi turun ke jalanan (mendeklamasikan puisi / kelas berkala / pertemuan mingguan*seperti Buku Jalanan / menulis kumpulan tulisan, menjadikan e - book juga boleh dikatakan sebagai 'turun ke jalan') 
tetapi yang banyak dihasilkan (atau terhasilkan tanpa sedar ?) adalah generasi online yang begitu pemalas, dan mengharapkan segala benda disuap ke dalam otak mereka,
teknologi penyebaran semakin maju pun, hanya memusuhi kita sebagai umat manusia dunia ketiga, yang semakin pegun, malas bergerak dan berharapkan segalanya digerakkan untuk kita,  
kita sudah menjadi 'fast society', atau 'generasi segera', 
aktivis - aktivis dewasa ini (menurut pemerhatian rabun aku) lebih gemarkan hal - hal yang mudah, apabila mereka berkata, sudah tiada jalan lagi, 
jika aku Marcos, pasti aku kecewa, 
kerana kemodenan sudah mengalir dalam pembuluh darah setiap manusia yang beranak pada hari ini, jadi amat sulit untuk kau menjadi seorang Darsono atau Tan Malaka, 
mungkin ini kontranya pembangunan kepada kita, 
mereka pun bertanya - tanya, kenapa kita perlu bersusah payah, sedangkan segalanya sudah berada di depan mata ?
aku tidak ada jawapan yang baik tentang itu, tak semudah itu menyalahkan anak - anak pasca moden, bukan dosa kita terlahir di zaman android. kita tak minta pun terwujud di zaman Google, cuma masalah ini perlu difikirkan lebih serius, dalam erti kata lain, kemodenan selain menjadi ciri zaman ini, adalah barah yang bernanah pada fikrah aktivis - aktivis zaman moden. kemodenan menjadikan kita selesa bermudah - mudah, bermanja - manja dan bekerja sambil lewa.

kadang aku berfikir, adakah aku sebahagian darinya? 

Ulasan

Catatan Popular