sisi lain tentang Hebdo



memang, aku antara manusia - manusia yang masih percayakan, dunia manusia, dunia yang masih sisa harapan, dan keganasan tidak dapat digunakan untuk mencapai keamanan,
tetapi jika Hebdo, mempercayai bahawa, agama adalah rekaan manusia, dan kita adalah product evolusi haiwan, maka,
bukankah, 'kemalangan' ini, bukan sesuatu benda / perkara yang perlu diratapi?
katalah kita berevolusi daripada haiwan, (justeru itu) maka, bukankah tidak pelik jika kita melihat haiwan berbunuhan sesama mereka, untuk mempertahankan apa yang menjadi kepentingan mereka? pelikkah kita melihat kucing bergaduh sesama jenisnya, untuk berebut pasangan, berebut sumber makanan, dan sumber minuman? berebut tempat berteduh? ini adalah tabiat haiwan, ((seperti kita tidak pelik nyamuk ditampar mati setiap hari, ayam dijadikan makanan tengahari, isi ikan yang masuk dalam mulut kita sebentar tadi, kita sendiri tidak menganggap bahawa haiwan adalah saudara seevolusi kita, jika tidak, mengapa kita masih makan saudara - saudara evolusi kita?))

maka apabila tingkatan evolusi haiwan tadi mencapai kemuncak, menjadi manusia, adanya suatu perkara / benda yang mulia dia percaya, iaitu tentang keimanan / ketuhanan / kepercayaan dsbnya,

melainkan kita mempercayai akan kemuliaan insan (yakni perbezaan antara manusia dan haiwan), maka barulah aku berfikir bahawa nyawa dan darah manusia bukan mudah - mudah untuk ditumpahkan,

tetapi sekali lagi,
agamalah antara yang membezakan, (mengiktiraf) kau sebagai manusia. agama yang memberikan kau pakaian sebagai manusia. kerana saintis sampai ke hari ini belum menjumpai haiwan - haiwan yang beragama. 

ya lah. kena akui juga, memang banyak darah telah tumpah atas nama agama. dan kita mengutuk sekeras - kerasnya pembunuhan yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. 

Ulasan

Catatan Popular