(individualistic first, socialistic second)
bila aku nak menulis tentang 'penindasan terhadap kaum pekerja', tadi,
aku merasakan seperti dibuat - buat,
seperti tidak selesa, rasa seperti ada yang tak kena,
aku merasakan, seperti aku sudah dijangkiti virus bourgeoisie
aku merasakan seperti aku berpura - pura, mengendahkan, mempedulikan,
sedang aku tahu, untuk menjadi seorang penulis yang baik, segala munafik harus disingkirkan, harus dilenyapkan, jika tidak, kau akan menulis sesuatu yang kau tidak tahu - menahu,
aku mengulang - ulang, ayat yang sama, narrative yang sama, aku tidak menambah perbendaharaan ilmu yang baru, para pembacaku, yang baru mungkin belum mengesannya, tetapi yang kritis dan menekuni apa yang aku ketengahkan dalam setahun dua ini, mungkin tak jumpa lagi 'whats next?'
tetapi aku perlu menyelesaikan masalah - masalah aku terlebih dahulu, sebelum aku menjadi orang lain,
jika aku tidak membereskan, siapa lagi? dan bagaimana aku dipercayai boleh membereskan masalah orang lain, sekiranya masalah aku sendiri pun, tidak boleh diselesaikan?
ya, aku banyak menonton wayang kebelakangan ini. Mut, memberitahu aku, agar berseronok. ya, idea ini sedikit sebanyak, membuat aku terhibur dan enjoy akan hidup, dan berkesan untuk mencabut sakit - sakitku, serta memberikan aku tenaga yang baru, stamina lebihan, untuk aku menggarap potensi - potensi kreativitiku yang lain.
tetapi aku sudah menjadi dalam istilah Marxist seekor 'lumpen proletariat', aku sudah semakin susah untuk lapar, aku semakin kenyang, walaupun aku masih seorang yang kurus dan bertubuh kecil, aku sendiri menyedari bahawa perut aku lebih kembung daripada sebelum - sebelumnya. aku lebih berisi hari ini, berbanding semalam.
gelandangan (homeless) bukan lagi fokusku. bahkan aku mempersalahkan mereka. aku selalu berhujah bahawa mereka adalah makhluk yang passive. menolong mereka, tidak akan membuahkan apa - apa. kerana mereka sendiri tidak mahu membantu diri mereka sendiri. dan aku lebih mementingkan kelompok yang sedar iaitu makhluk activist. aku lebih mementingkan 'intellectual masturbation' di KUBU.
secanggih manapun, hujah - hujah yang telah kuasah, jika sesiapa yang mahu menghentam apa yang aku lakukan, aku tetap rasa kegemukan ini. aku telah menjadi seekor individu yang hanya mementingkan diri sendiri, walaupun dalam ketika yang sama, aku mengutuk pemboroian perut agamawan - agamawan.
ah. aku pun apa kurangnya? (dalam kelas activist)

Ulasan