fuck the others (fuck the order)
fuck sahaja kerjanya aku dua tiga menjak ni. aku betul - betul nak menjadi diri sendiri. menuruti Buddha. bahkan bagiku, alim botak itu, walaupun dia asal putera raja, dia juga adalah seorang anarchist. bahkan mungkin anarchist yang lebih awal sebelum konsep 'tanpa negara' sect Khawarij.
'tak menguasai, tak dikuasai' adalah falsafah paling power, atau nirvana untuk aku setakat ini. sungguhpun aku percaya, adanya 'Mulk' (atau adanya kerajaan / aturan) pada setiap kejadian,
tetapi aku tidak mempercayai aturan manusia, bagiku, aturan Tuhan itu benar, kerajaan Tuhan (Kingdom of God) itu benar,
tetapi sebaik sahaja ianya turun, dibentuk manusia, ia harus dicabar.
falsafah, 'tak menguasai, tak dikuasai', adalah falsafah taqdir sebenarnya,
manusia adalah makhluk yang terduduk, atas Qadir dan Qadar Tuhan. kita hidup dalam ketentuan - ketentuan yang telah ditentukan oleh Tuhan. selainnya, harus dicabar. maka 'no God, no master' itu, yang dilontar oleh mulut - mulut anarchist bermazhab atheist, tidak lain dan tidak bukan, adalah penolakan terhadap apa yang terzahir di muka bumi (bukan di langit), *bagaimana kau nak mengatakan 'no God' sekiranya kau sendiri tiada percaya pada God? dan sekiranya ada, adakah ianya sama dengan apa yang kau fikirkan?
kerana Tuhan, adalah sebuah konsepsi metaphysic yang tidak terlihat, manusia - manusia di bumilah, yang dengan tangan mereka, menciptakan Tuhan mereka masing - masing (rujuk PK),
bila kau tak menguasai, kau tak akan dikuasai, kau seterusnya, akan menjadi, seorang yang nothing to lose, persoalan yang kemudian akan jatuh ke riba kau, adalah, bagaimana kau nak memaknakan tentang 'pessimistic / passive'.
aku tak pernah percaya pada free will. kerana manusia itu sendiri sakit dan kecewa, dan mukanya sendiri pun tidak boleh dipilih ketika lahir, bagaimana dia berani mengatakan, dia bebas lepas?
selagi kau masih terpenjara dengan dunia, kau tak akan pergi ke mana - mana kawan.
bebaskan diri engkau. bebaskan dari segala - galanya.
nescaya siapa pun tak mampu menyekat ruh kau.
jasad mereka mampu tahan, tetapi batin kau yang terbang? siapakah yang mampu membunuh 'engkau'?

Ulasan