beberapa persoalan tentang Tuhan



I
semasa KUBU baru - baru ni, ketika Ocha usai membentangkan, 'Iblis Menggugat Tuhan', aku menanyakan tiga persoalan besar (menurutku), 
bukan, bukan lagi persoalan, 'daripada mana kita datang', 'untuk apa kita di sini', dan 'kemanakah kita akan pergi', bukan persoalan - persoalan itu, 
tiga persoalan aku adalah, 
adakah kita (dengan segala pengetahuan yang ada pada hari ini) telah menjelaskan segala - galanya?
dua, jika jawapan kau adalah tidak, adakah kau percaya, suatu hari nanti, kita akan boleh menjelaskan segala - galanya?
dan yang akhir,
selepas kau boleh jelaskan segalanya - galanya, 'whats next'?

II
aku masih setia menonton debate - debate Atheist terkenal seperti Krauss. kalau kau ada masa, elok kau cari debate Krauss di Stockholm dan Intelligence Debate.
adakah aku masih berfikrah Atheist? aku tak tahu. bagiku, aku tidak boleh bias. sungguhpun aku mengaku aku sebagai Muslim, aku mesti mendengar hujah - hujah mereka. 
antara hujah mereka, mengatakan, bahawa orang - orang yang beragama, juga Atheist. Atheist kepada ajaran agama yang lain. Kau adalah Atheist kepada Tuhan Yahweh. Sementara orang - orang Yahudi adalah Atheist kepada Tuhan Yesus. Dan begitulah seterusnya dan seterusnya.

kaum Atheist selalu sahaja mengatakan, bahawa anak - anak yang baru lahir, adalah Atheist. sehingga mereka mendewasa, maka berlakulah 'human construct' seperti agama dipasang ke dalam otak anak - anak tadi. 

kaum Muslim juga menclaim sedemikian. bahawa anak - anak yang baru lahir, adalah beragama Islam. claim ini bagiku benar. cuma tak benar, bila 'Islam yang bagaimana, yang dinyatakan dalam hadith'? kalau claim Islam as Fitrah, boleh dipertahankan. tetapi jika claim Islam as sectarian, ini yang sering diserang kaum Atheist

kalau nak dipakai claim Atheist tersebut, maka, haiwan juga adalah Atheist. Monyet dan beruk juga adalah Atheist. Ayam adalah Atheist. Babi adalah Atheist. Anjing adalah Atheist. kerana tidak ada tanda - tanda bahawa mereka bertuhan. tidak ada tanda - tanda bahawa haiwan - haiwan tadi mempunyai agama. tidak ada bukti - bukti empirical yang haiwan - haiwan tadi mempunyai rumah ibadat mereka sendiri, seperti kuil, gereja atau masjid. tidak ada.

hanya bila mereka berevolusi menjadi manusia sahaja, baru mereka mengenal Tuhan.


Ulasan

Catatan Popular