Sistem Pt3 dan kebangangan masyarakat penyembah sijil, penyembah skrol, penyembah A.


aku tak dapat faham. secara jelas. secara terang. apakah lagi yang masyarakat kita mahu?
adalah salah aku menyalahkan masyarakat secara 100%, kerana struktur masyarakat kita dibentuk oleh pimpinan - pimpinan politik sedia ada. tetapi, kebangangan ini adalah sebuah simbiosis, sebuah proses kesalingan, saling perlu memerlukan. pimpinan - pimpinan politik yang cerdik dan baik tak akan lahir dalam sebuah masyarakat yang jijik. hanya masyarakat yang jijik sahaja melahirkan pimpinan - pimpinan politik yang mediocre

benar, sekolah bukan makmal, dan murid bukan tikus. aku suka slogan ni. dan tshirt di atas juga, aku suka konsepnya. 
tetapi, bukankah kita juga yang merungut tentang sistem rat race yang menuhankan A?
maka diwujudkan Pt3. aku tak faham, kalau untuk memecahkan hegemony A, maka, bukankah memang diperlukan percubaan Pt3? kalau tak, siapa yang mahu mencuba Pt3? untuk menggantikan PMR, (yang bermazhab exam oriented) kita memerlukan penilaian yang baharu. dan untuk memerlukan penilaian yang baharu, kita memerlukan pelajar - pelajar untuk mengujinya. aku tak jumpa, apa yang masalahnya?

aku kurang jelas sangat tentang Pt3. dan aku anti daulah / state. terus terang aku cakap. dan aku pro kepada rakyat / people - masyarakat / society. tetapi, adalah kebangangan jika apa sahaja yang masyarakat inginkan, masyarakat dakwakan, bahawa tahi itu wangi, maka aku kena membenarkan. yang salah tetap salah. yang benar tetap benar. 

((yang aku tahu, soalan - soalan yang diajukan dalam Pt3, sulit, sukar, dan menyebabkan ramai tidak boleh score A. bagus! sekali lagi, bagus! ini sesuatu yang menarik, atau power dalam percubaan sistem peperiksaan - pendidikan di Malaysia. yang kita gila sangat nak dapat A, buat apa? orang - orang yang hebat, fikrahnya tidak boleh diukur dengan kayu pembaris bernama A. hanya orang - orang yang boleh diukur sahaja, memerlukan A, sebagai penanda aras kehebatannya. dan cuba check, lakukan sedikit semakan, kemanakah perginya kawan - kawan kau orang semua yang dapat berbanyak - banyak A, dalam kehidupan sekarang? apakah yang dia sudah jadi? adakah dia masih meneruskan kehebatannya, atau tiada siapa lagi menyedari kewujudannya? atau dalam bahasa lebih mudah, ada siapa masih kisah keputusan SPM kau? ada?))

bagi aku, kalau susah sangat, semua tak kena, elok kau ambik anak kau, dan buat home schooling sendiri. sistem pendidikan sekarang memang laknat, jika mengikut fikrah kau, maka kau menunggu apa lagi? cikgu - cikgu pun bukan nak mengajar sangat, mereka juga menjadi mangsa kepada sistem hutang yang merantai mereka, memaksa mereka bekerja, untuk melangsaikan hutang mereka, dan mereka tiada kebebasan berkreatif untuk melahirkan pelajar sebagaimana dalam falsafah pendidikan.

kepada ibu bapa yang asyik complaint tak habis - habis, 
fakyu. 

Ulasan

Catatan Popular