bolehkah kita mengatakan sebegini..?
Tuhan, adalah kesempurnaan, Tuhan adalah daerah unlimited, daerah yang manusia mahu pergi, manusia mahu sampai, yang manusia damba - dambakan, yang infinity itulah?
Tuhan kaum sufi lebih menepati sebenarnya, dari Tuhan kaum fiqih, kerana Tuhan kaum sufi berada di mana - mana, pada orang - orang telanjang tanpa pakaian, pada orang - orang jalang, bahkan pada mereka yang berjuang,
maka manusia itu lemah, berharap kepada yang kuat, manusia itu sakit, berharap sihat selamanya, manusia itu mati, berharap kekal abadi, mempunyai keinginan - keinginan untuk sempurna,
itulah yang manusia bertuhankan empirical seperti Lawrence Krauss tidak dapat melihat,
sangka manusia - manusia seperti ini, bahawa Tuhan juga adalah seperti mereka,
bahkan, mereka tidak mahu menguji hypothesis tak mahu bertuhan itu,
jika Tuhan seperti mereka,
apakah Tuhan boleh dikurung, dan disangkar dalam laboratorium?
tetapi mereka juga, mahu meneroka ketidakterbatasan alam ini,
apakah mereka menyangka, Tuhan itu adalah patung, atau objek tak bernyawa, yang boleh diteleskopi / dimikroskopi oleh mereka - mereka yang diciptanya?

Ulasan