dibelit technology

Macam gampang kan, tajuk entry aku? Di KUBU, kami memanggilnya sebagai, ' Penzinaan Bahasa', (Rosli Ibrahim),
takpa, hari lain baru aku akan berkisah bab ni, (istilah Pak Majid Saleh, "Kutu Pekan"),

dulu aku pernah pakai, earphones yang wayarnya, panjang dan berselirat, aku selalu mengambil masa untuk memperbetulkan 'seliratan' wayar tadi, sampai conductor bas tegur aku yang macam cempera dan jakun terhadap technology baru.

Dan itulah yang aku fikir terhadap budak - budak zaman pra I Phone ini. Mereka fikir mereka bagus bila ada gajet super canggih, tanpa sedar, bahawa kebudayaan mereka tengah diratah hidup - hidup.

Cuba kau tengok bahasa budak - budak sekarang, akibat leluasanya technology di kalangan 'masyarakat budak', menyebabkan, mereka seperti 'manusia perak', dalam menulis sesuatu di laman sosial.

Aku tak tahu, Cikgu Bahasa Melayu mereka tahu atau tidak masalah 'dibelit technology' ini, dan kalau tahu pun, aku tak tahu, apakah 'Persatuan Cikgu - cikgu Bahasa Melayu' tahu penyelesaiannya, kerana aku pun tidak tahu apakah penyelesaiannya.

Janganlah cakap, 'isu guna pi lah bahasa apa di laman maya tak penting'
kalau macam tu buat apa kau bazirkan hampir 12 tahun belajar bahasa di sekolah?
Elok kau pi bakar tayar kereta guru besar kau.

Aku taklah rigid sangat dalam bab bahasa semacam mazhab semantic Attasian, tapi aku hormat bahasa aku, kerana aku tahu, dari sinilah aku datang, dan aku beriman bahawa, hanya bangsa yang kalah akan bertutur bahasa penjajah, sementara bangsa yang ada harga diri, berbangga bercakap dalam bahasanya.

Kedua,
budak - budak ni ingat, beratus ribu, jenis  dan jenama technology adalah kepunyaan mereka. Tak sedar diri betul umat consumer ini.

Ulasan

Catatan Popular