baca balik catatan lama




baca balik catatan lama ni

betul juga,
nyamuk tak pernah fikir untuk membunuh rakan - rakannya dalam mencari minuman bernama 'darah manusia'.
rezeki mereka terjamin Tuhan. 
ya sesetengah haiwan, membunuh haiwan lain. tetapi itu adalah makanan mereka. jika tak, tak wujud istilah karnivor. jika kambing tak makan rumput, istilah herbivor untuk siapa?
class struggle agak sulit untuk dikatakan idea yang super canggih. bagi aku, ianya cuma idea yang dicuri dari sejarah awal agama, dan dimasukkan ke dalam ideology mereka, dengan disolek dengan solekan - solekan ilmiah. haiwan seperti nyamuk, tak pernah melakukan apa - apa 'class struggle' pun. kuda tetap kuda, walau dicambuk, dicemeti ribuan kali selama ribuan tahun pun. belum kita lihat lagi tanda - tanda kuda mahu memimpin pemberontakan.
aku bukan nak buat lawak. aku tak ada masa nak buat lawak. idea - idea ini yang tak mempunyai tapak pijak yang kukuhlah, baru lawak yang sebenarnya.
adakah cuma manusia sahaja yang mengalami 'class struggle'? 
jadi terbatallah theory bahawa manusia berakar dari monyet dsbnya? 
di dalam hutan, di dalam rimba sana, pun tidak ada class struggle.
yang ada cumalah sebuah ekosistem aturan Tuhan.
mereka hidup dengan baiknya.
dan mati bila tiba masanya.

dan aku tak kata idea 'class struggle' ni tak perlu.

Ulasan

Catatan Popular