menjadi saksi kewujudan Tuhan
(I)
selera aku naik betul baru - baru ini. satu perkara yang menyeronokkan sepanjang minggu ini.
selalunya tak naik. selalunya aku tengok makanan, makanan tengok aku balik.
selera naik, rezeki.
rezeki itu nyawa. selagi kau bernyawa, selagi itu kau punya rezeki.
anak tu lahir, adalah rezeki dia. dia mati, rezeki dia sudah habis di dunia. tunggu di akhirat, rezeki di sana pula.
Tuhan sudah menjamin rezeki masing - masing. Tinggal kau nak cari atau tak sahaja.
nyamuk tu lahir. ada darah yang sudah disediakan untuknya. kau tak akan tengok nyamuk mati kebuluran.
kau tak akan tengok ayam - ayam di kampung mati kelaparan. ikan - ikan tak pernah tak cukup makan.
selagi kau hidup, selagi itu kau diberi rezeki, ada rezeki kau.
manusia, lahir atas dunia, Tuhan tak biarkan manusia sendiri - sendiri. atas dunia dialirNya air. semua yang hidup, memerlukan air untuk meneruskan hidup. dan air menjadi saksi kewujudan Tuhan.
ada yang lapar, kelaparan, kebuluran, kehausan, dan mati.
1, rezekinya sudah habis.
2, janganlah disebabkan kes yang tidak normal ((maksudnya bukan sesuatu yang normal)) maka kau nak menghukum semua kes, bahawa seluruh kehidupan ini memang tidak disediakan kecukupan (normal).
Tuhan sudah sedia cukup apa - apa sahaja keperluan manusia. Tapi kata Ghandi, ada tangan - tangan yang lemak, yang tamak menahan (greedy). tangan - tangan itu yang patut dikerat. yang patut dipotong. yang patuh dihudud. bukan kau menyalahkan Tuhan, atau meniadakan kewujudan Tuhan disebabkan di Afrika tiada air bersih mencukupi. kau di sini boleh minum air sampai kenyang, apakah Tuhan tak wujud juga?
(II)
ada orang kaya, rumah keduanya hospital. jika ada rumah ketiganya, pastilah kubur.
rezeki ni Tuhan punya. kalau kau banyak duit pun, belum tentu itu rezeki kau.
mungkin kau ada duit, tapi kau tak dapat nak pakai. isteri kau yang pakai.
ada makanan depan kau, dan kau terlentang hanya mampu memandang. manisnya manisan terasa tawar di lidah. kau cuma menunggu mati kawan.
sementara yang miskin, aku bukan nak ajar kau Sindrom Muhaya.
cuma kau patut bersyukur, segala benda lalu / masuk dalam mulut, dalam perut kau.
inilah rezeki.

Ulasan