Puan Ainon baru budayawan

bagi aku sendiri, Puan Ainon itu lebih buat kerja. dibandingkan dengan rakan-rakan budayawan seangkatan, Ainon Mohd lebih nampak usahanya menghidupkan seni-budaya, ihya' al thaqafah.
sekurang-kurangnya yang aku tahu Ainon Mohd telah memberi kerja pada Pyanhabib, Pak Latip, dan menerbitkan semula buku pak samad termasuk aku ingat sebuah buku dari Azizi Haji Abdullah.
(gambar dari tintacomellote)
jangankan kata DBP, PAKSI sendiri pun agak culas dalam hal ini. aku kritik terus terang sahaja. seni itu sepatutnya menghidupkan. bukan mematikan. dengan gaya Ainon, ramai seniman boleh cari makan. pengarang Tehrani itu pun terbitkan Sebongkah Batu di Kuala Berang dengan PTS.
mana pihak yang mengaku paling hero dalam perjuangkan sastera dan bahasa melayu? walaupun Ainon Mohd aku merasakan akan lebih dikenali sebagai sosok bisnes berbanding sosok budayawan, tetapi dengan minda bisnesnya orang sastera boleh bernafas dan hidup. nak harapkan siapa lagi? DBP memang celaka. itu jangan dipersoalkan lagi. PAKSI?
aku ada pengalaman hantar manuskrip atau draf. dan banyak jugalah direject. tetapi aku faham. tanpa pemikiran bisnes, bagaimana orang mahu meneruskan hidup? sekurang-kurangnya Ainon tidak bersasterawang terawang-awang sampai lupakan massa di bawah. tapi dia turun ke bumi dan memberi bakti berupa nasi dan lauk pauk pada orang lain. budayanya memberikan nyawa pada orang lain. ini baru seni.
seni apa jika buat orang lain mati dan cuma tahu minta orang lain mengorbankan diri?
Ulasan