kena pilih jalan sendiri.

(diedit semula 11:41PM 16/3/2014)
rupanya bukan aku seorang sahaja berpendirian seliberal itu.
sekurang-kurangnya Nurul Izzah. dan Zunar juga berpandangan sedemikian rupa.
aku tak tahulah apa dia niat atau hasrat Nurul Izzah berpandangan tentang kebebasan beragama di sebuah forum beberapa minggu sudah.
tapi yang aku sangka baik, kebebasan beragama memang wujud dalam Islam.
dan di zaman Mekah.
ataupun Madinah. Nabi saw tidak pernah pula mengadakan sebuah perjanjian, sahifah, perlembagaan yang ada mengatakan bahawa apabila anak kamu [anak kepada seorang muslim] berumur 18 tahun, maka dia kena menjadi seorang muslim.

kau tak akan jumpa benda ini dalam sejarah. dalam sirah. dalam sunnah. mahupun dalam kitab suci teragung umat Islam. bahawa agama seorang kita adalah mengikut agama bapa kita.
itu semacam proses membakakan Islam.
itu seperti melahirkan manusia muslim munafik.
sebab tiada kebebasan beragama.
itu juga penyebab lahirnya manusia muslim murtad.
mereka islam pada kad pengenalan. tetapi sudah hilang identiti sebagai seorang muslim.
agama lebih suci dari cinta.
jika cinta tidak membenarkan paksaan. mengapa mungkin agama membenarkan paksaan?
dalam konteks, kau belum lagi memeluk Islam.

tapi jika dalam bentuk kau memeluk Islam sedang hati kau tidak percaya dan beriman dengan Islam, dan dibelenggu akta-akta jahil, maka adakah sah Islam kau?
dan kau menderita sampai sudah dengan akidah yang kau tak pernah percaya.
bila melompat keluar seorang perempuan bernama Lina Joy, barulah kita mula bising.
aku tak fikir hanya seorang Lina Joy sahaja atas mukabumi Malaysia ini.

**
dan aku mula melihat ramai juga yang memilih jalan sendiri. berbeza dengan anutan establishment keluarga.
makpak umno.
anak pilih menjadi oposisi.
semakin ramai pula tu.

Ulasan

Catatan Popular