jual buku tepi jalan
Ada anak seorang elitis sastera mengatakan kepada pelajar saya (dengan niat menjatuhkan); ' Faisal Tehrani tu dulu jual buku saja tepi jalan.' Ke? Jean-Paul Charles Aymard Sartre dan Simone de Beauvoir sampai tua pun jual zine tepi jalan. Itu sasterawan yang duduk di kayangan, tanyalah mengapa mereka tak turun bergelumang dengan masyarakat? (Faisal Tehrani)catatan sebegini sangat bersemangat sekali untuk aku.
aku pun sudah lama tidak berada di jalan. akan kembali ke jalan minggu depan.
aku pernah disindir oleh 'aktivis' 'mahasiswa' kerana hanya menjual buku di tepi jalan.
agak segan juga pada waktu itu, walaupun aku sebenarnya tidak perlu untuk segan apa - apa pun.
aku hanya bekerja sendiri, dan hidup sendiri. walaupun tidak mampu membuat 'untung' dengan 'copyleft' atau 'buku curi' ini.
walaupun aku tidak mampu mencacai seperti mereka.
sebenarnya tidak patut malu.
aku rasa gembira pula bila Faisal Tehrani menulis status sebegini di wall beliau. maka aku perlu merakam status ini di blog aku.
kegiatan menjual buku tepi jalan agak kurang sepengetahuan aku di Malaysia ini. sedangkan aku merasakan sepatutnya inilah gaya / style buku - buku subversive digerakkan. pemikiran subversive bergerak dengan beginilah.
duduk mengopi atau mengeteh di mana - mana, dan berdiskusi sampai lewat petang dengan pembeli.
kebanyakan kita masih bergantung kepada cara yang lama untuk survive.
dan ramai orang pun menggunakan cara yang sama dan terhad ini.
senjata yang sangat limited ini hanya mampu digunakan oleh mereka - mereka yang mempunyai kabel dan tidak mengancam / menggugat mana pun.
pilih senjata masing - masing. dan jadilah 'ancaman'.
Ulasan