tengah memikirkan universiti gelandangan..
ralit pula sekarang ini dengan roem topatimasang. satu demi satu Tuhan mempertemukan aku dengan orang - orang yang berjiwa besar dan aneh aneh.
roem atau topatimasang (dua - dua nama ini sedap disebut) sedang mempengaruh aku akan idea sekolahnya yang gila - gila.
betul juga. apa guna stail sekolah kita sekarang? sebenarnya persoalan paling pokok, paling fundamental, kenapakah kita perlu masuk 'sekolah'?
barulah sekarang aku memulai faham kenapa aku tidak boleh belajar dengan baik suatu masa dulu.
aku menolak teori anak benak, atau otak benak. tiada anak lahir ke dunia berotak benak.
masa dan kesanggupan seseorang insan itu menadah ilmu, mencari ilmu itu yang akan menentukan seberapa banyak ilmu yang dia akan peroleh. tidak ada anak benak, atau otak benak, diulang.
universiti boleh sahaja bermula di mana - mana. sama sahaja maksudnya dengan sekolah. ia bukanlah sebuah bangunan. kerana bangunan adalah bangunan. sekiranya bangunan itu kosong dari pemikiran, apakah ia masih universiti? jika universiti tidak mengusung apa - apa pemikiran, layakkah universiti dipanggil universiti?
jika universiti hanya mengusung sampah sarap, layakkah universiti dipanggil universiti?
tetapi perjumpaan demi perjumpaan berisikan diskusi demi siri diskusi, barangkali layak sekali dipanggil universiti. kerana pemikiran adalah inti kepada universiti. sekalipun tiada bangunan -fasiliti- yang bersedia menampung diskusi - diskusi sebegini, ianya menarik untuk dipertimbangkan sebagai universiti.
dengan memerhatikan buah fikiran daripada roem, aku sedang menjadi gian pula memikirkan jika boleh dibuat sesuatu akan rakan - rakan gelandanganku di ibu kota.
jika universiti itu tidak memerlukan bangunan, sepertimana yang dianut oleh lalat - lalat pencari makan, maka untuk mewujudkan universiti gelandangan bukanlah satu kemustahilan.

Ulasan