raya
aku tak begitu anti establishment sangat tentang persoalan sebegini.
raya adalah sebuah perayaan. sebuah budaya. walaupun punya nas agama, tetapi raya tetaplah sebuah perayaan, yang lama - lama membentuk budaya.
sangat bermasalah bila semua benda kita nak kena anti establishment. sangat bermasalah.
biarlah sesiapa nak merayakan raya ke. jangan dihalang atau dipandang sinis.
tetapi untuk orang - orang terbuang macam aku, raya sudah hilang pesonanya untuk direguk. jika raya adalah segelas wain, aku sudah tidak tergiurkannya lagi seperti mana orang lain tergiur. ini baru betul non komformis.
orked (seorang perempuan) merancang ingin melakukan sebuah majlis hari raya. dia mencadangkan agar kami (lelaki) datang beraya dengan membawa kuih - muih raya dan berpakaian baju raya.
aku (skeptis, sentiasa) bertanya, apakah beza baju raya dan baju tidak raya?
aku pun tidak tahu mengapa aku jadi begini. aku dah semakin lost dalam dunia serba rencam budaya ini.
(mungkin sebab sebulan ini aku langsung tidak sembahyang tarawikh. tetapi puasa aku kali ini agak baik berbanding puasa - puasa aku di tahun sudah)
aku sampai mengatakan, bagi aku baju raya dan baju tidak raya, sama sahaja. tiada beza. yang paling penting bagi orang sepertiku, pakaian mestilah kemas dan bersih. selesa. itu sudah memadai.
tidak perlu pinjam baju baru orang lain pun, semata - mata tiada baju raya, dan semata - mata nak beraya.
ya. baju raya, rupa - rupanya adalah baju baru yang dibeli sebelum hari raya, dan dipakai semasa hari raya. ini barulah defenisi yang jelas bagi baju raya.
untuk aku, tidak penting pun baju raya dan baju tidak raya ini.
kita kena menjadi diri kita sendiri.
walau apa pun.

Ulasan