lepak syatibi

kata ustaz wan, ini prosa melawan pembodohan.
ini sebuah cerita.
cerita dari kami, anak - anak muda, marga malaysia alaf akhir zaman.
sentiasa ada yang mengkritik kita yang sentiasa mencari kebenaran, dan sentiasa meninggalkan apa - apa sahaja yang dianggap bukan lagi kebenaran.
lepak maqasid. lepak syatibi. sebuah proses demokrasi. sebuah pencarian solusi terhadap masalah - masalah. atau tempat mencari masalah?
aku berfikir. proaktif akan mencari pasal. mencari gadoh juga.
kalau hanya reaktif, memang membosankan.
ternyata pendemokrasian idea berupaya meleburkan, berupaya mencairkan sesuatu yang terbeku selama ini. apa - apa sahaja yang rigid, ketat mulai beransur - ansur difahami dan diwacanakan.
lawan dan rakan semakin bertambah kebelakangan ini. tidak tahu sama ada apakah ini kebaikan ataupun keburukan.
hari ini berkawan. esok belum tentu. hari ini dia mendengar masalah - masalah kita. apakah esok kita pasti bahawa dia tidak akan membuka masalah kita dan menghidangkan kepada orang - orang lain apabila dia berseberangan pandangan dengan kita?
aku tidak tahu. yang aku tahu, kita kena jujur dengan apa - apa sahaja yang kita melakukan.
ramai juga yang melawan aku, akhirnya menjadi sahabat baik juga. ramai juga yang berseberangan pandangan dengan aku, akhirnya sedia berlapang dada juga.
jadi aku tidak tahu apakah ramai kawan dan ramai lawan ini baik.
kesudahan yang baik bagi orang yang mengharapkan kebaikan moga - moga.
isunya bukan 'aku'. isunya apakah kita jujur berkawan?
apakah kita jujur menjadi seorang Islam?
apakah kita jujur dalam membuat apa pun?
apakah kita mesti hidup ini senantiasa sahaja ada apa - apa kepentingan?
tidak bolehkah kita hidup tanpa apa - apa kepentingan?
sebenarnya manusia ini munafik. kebanyakan.
orang - orang yang tidak berkepentingan, adalah orang - orang yang tidak berguna.
berkawanlah dengan sesiapa pun. dan jujurlah.
pada orang - orang yang sentiasa sahaja mengkhianati, karma sentiasa menanti.

Ulasan

Catatan Popular