banyak kerja sebenarnya
banyak tanggungjawab menjadi manusia sebenarnya.
sebab itu tidak pelik jika ada manusia yang merasa lelah menjadi manusia. kerana menjadi manusia bererti banyak tanggungjawab.
dan tanggungjawab bererti kerja. dan dalam kerja itu, ada silap ada betul. silap salah, betul dapat ganjaran. ini hukumnya. sebab itu agak kontradik bila ada Sunnah mengatakan bahawa silap pun dapat satu pahala, betul pun satu pahala. so, memang kita gila selama ini sebab aku rasa ada kaitan dengan 'konsep kontradik' itu kot.
aku kalau mengambil konsep 'burden' yang pernah digunakan oleh orang - orang kulit putih ketika menjajah kita, orang - orang fasis Jepun ketika menjajah kita, atau konsep misionaris orang Kristian dengan pendakyahan mereka, atau Islamis - islamis yang 'konon - konon' berdakwah itu, maka tak syak lagi, burden aku pun boleh tahan juga dalam dunia Melayu - Islam - Malaysia ini.
boleh dikatakan aku pun tidak tahu mengapa aku lahir di sini, di tanah ini. aku berasa pelik. aku berasa hairan. mengapa aku tidak dilahirkan di Amerika? atau mengapa aku tidak dilahirkan ketika Muhammad saw masih hidup dan aku menjadi sebagian daripada para sahabatnya? atau ahlil baytnya? atau kenapa aku tidak dilahirkan sebagai seorang nabi?
ah. mengada - ngadalah aku ini. ini cuma mimpi. cuma utopia. ini adalah takdir. Allah dengan konsep 'man yasha' (yakni bebas berbuat apa - apa sahaja yang Dia kehendaki) telah mengehendaki itu dan ini, bagaimana bisa makhluk memutuskan hal - hal yang telah diputuskan?
problem di Malaysia sangatlah banyak sekali. kalau boleh aku kata, aku simpulkan dalam satu perkataan, untuk memperihalkan semuasa permasalahan ini, aku akan menyimpulkan sebagai 'malas'.
kita sangat malas sekali. sangat.
sama ada dari kerajaan yang lembab ini. atau oposisi yang konon - konon mau merebut 'takhta'. sangat malas sekali. kita tidak serius.
seteruk - teruk orang putih, mereka sangat rajin. sekalipun mereka suka cium mulut atau melakukan aktiviti menjolok mata di khalayak ramai, tetapi dari sudut prestasi dunia mereka, mereka sangat rajin.
aku baca sedikit tentang Bani Sadr (ini bukan nama kaum seperti Bani Israel, Bani Melayu dsb) seorang pemimpin revolusi Iran *Presiden pertama bagi Republik Islam Iran itu.
dia mengatakan, jika tak ada orang yang layak atau dipercayai untuk mencapai mimpi - mimpi murni itu, mengapa kamu sahaja yang tidak menjadi orang yang dipercayai itu?
aku rasa semangat pula, walaupun aku letih dengan banyak tanggungjawab ini. tetapi dengan kata - kata Bani Sadr, membuatkan aku merasakan bahawa, aku (yang sangat lucah ini di mata kaum Islamis) kalaupun aku tidak mampu mengetuai mimpi - mimpi aku, aku kena melahirkan lebih ramai orang - orang yang mampu menggapai sampai ke apa yang aku cita - citakan ini.

Ulasan