stuck

ok. ujian banyak jenis.
dan aku taktahu ini sudah ujian siri ke berapa dalam minggu ini.
dan aku muslim. bukan jabariah. atau seorang fatalis.
maka aku tidak menyalahkan tuhan. maka aku menyalahkan the fucking machine asshole.
seperti jika kalah dalam pilihanraya. muslim yang power tidak akan menyalahkan kepada tuhan, yakni redha dengan kekalahan (ini menyalahkan kepada tuhan sebenarnya, jika kita teliti dengan baik) dan tidak mahu melawan penipuan (yakni kerosakan, dalam kes ini regim penipu) (dalam kes aku, bukan salahkan takdir, tetapi salahkan fucking machine) yang bodoh lagi membodohkan.
muslim yang efektif akan meletakkan daya pemboleh ubah kepada diri sendiri. menang kalah disandarkan kepada diri sendiri tanpa menolak kepercayaan bahawa tuhanlah yang memenangkan dan mengalahkan dengan kata inshaAllah bi iznillah. dengan izin tuhan. ini kepercayaan muslim yang revolusioner dan progresif.

sementara itu hujah fatalis sangat karut. mereka mengatakan itu takdir.
baik.
jika mau mengikuti argumen fatalistik mereka. bagaimana mereka tahu takdir kekalahan itu adalah limit terakhir? bermaksud, kalau itu kamu katakan takdir yang ditentukan, mengapa kamu tidak berusaha untuk mencapai takdir seterusnya dengan memainkan peranan dalam revolusi kebangkitan rakyat melawan penipuan? apakah ini juga bukan takdir?
seperti diamnya ulamak iran satu masa dahulu zaman shah palavi akan bejatnya pemerintahan.
itu takdir.
tetapi revolusi iran juga takdir.
maka mengapa tidak mengusahakan sampai ke revolusi yang ditakdirkan?
serius sekali. islamis akhirnya mengalah ke jabariyah. satu faham yang menerima takdir tak terlawan tanpa mengupayakan takdir perlawanan dengan masuk meneroka elemen terpenting qadariyah yakni free will, bermaksud kepercayaan kepada kebolehan dan kemampuan diri yang sangat tinggi.
dengan kepercayaan sekuat ini, tembok besar china pun mampu kau langgar.
**
hutang projek aku maseh banyak juga.
dan kad atm tertelan ini aku harap bukan bala atas jenayah aku mengutuk ulamak2 cari makan.
kamu tak boleh hidup tanpa masalah. dengan masalah manusia hidup. dengan masalah manusia mencipta masalah yang lain pula. dengan masalah juga manusia menyelesaikan masalah.
ada ke hidup tanpa masalah.
dengan masalahlah orang buat filem. buat novel. masalah dalam bahasa lain adalah konflik. ada juga filem yang tak ada konflik. novel yang takda masalah. tapi serius bosan. sebab itu fiktif adalah tempat penyelesaian sesuatu masalah. jadi novel ringan takkan mampu membicarakan permasalahan untuk diselesaikan.
tapi tahun ini lebih baik dari tahun lepas sebenarnya. sudah banyak yang didapatkan.
juga didapatkan dengan menarik lebih banyak masalah yang kian bertambah.
dan sangat menarik jika mampu dipecahkan masalah demi masalah ini.
dan dengan masalah, manusia mencipta peluang yang baru!

Ulasan

Catatan Popular