kritik, terus kritik, kritik sampai mati!
dulu saya selalu berdoa. agar dapat berjumpa atheis atau agnostik di malaysia.
lebih pongah dulu. angkuh. baru baca Harun Yahyalah katakan.
dan baru lepas kebah dari demam atheis melanda waktu saya tingkatan 6.
tidak ada formula yang baik rupanya dalam sistem pendidikan islami kita untuk menawarkan penawar mujarab menjawab pertanyaan-pertanyaan kritikal seperti Ibrahim mencari Tuhan dan cerita Salman dalam pencarian.
tidak ada. hanya belajar tulis arab. dan perasan bagus dengan jayid jidan ataupun mumtaz. kemudian seronok ke tanah arab.
walhal satu karya paling mudah tentang ketuhanan pun tidak ada diajarkan di sekolah-sekolah agama. tak payahlah bising pasal konsep darwin alam semulajadi what the fuck semua tu. ajaran ketuhanan menurut islam pun gagal diselenggarakan dengan baik di sekolah-sekolah islam sendiri ada hati mahu bising-bising tentang kepercayaan dan agama orang lain.
bahkan sifat 20 sendiri menurut tradisi asyairah sendiri sangat sulit dan sukar difahami.
tauhid tiga lebih baik pemahamannya. tetapi sering dicop sebagai sesat dan sebagainya oleh tradisionalis yang bodoh dan buta akan keperluan memahamkan massa dengan ajaran ketuhanan yang semua orang boleh faham.
bahkan saya fikir konsep mencapai tuhan menerusi pemerhatian melalui apa yang diperjuangkan harun yahya-meskipun sering sahaja dicabar oleh argumentasi lain- adalah lebih baik berbanding tauhid tiga yang digagaskan oleh kaum salafiyah.
dan akhirnya saya berjumpa juga orang-orang agnostik atheis di malaysia.
bukan cuma buku history of god oleh karen armstrong. tetapi ianya lebih real.
**
malam tadi usai pembentangan mazhab pendidikan kaum tertindas yang lebih menarik dari yang dibincangkan Ahmad Fuad Rahmat di Loyar Buruk. kami melepak beberapa orang di benteng.
debate-debate yang sangat bagus dikemukakan oleh nicol. seorang aktivis occupy.
dia atheis atau agnostik. tiadalah saya jelas.
meskipun aliran kiri boleh dikatakan agak mendekati atheisma. tapi saya tetap berfikir penelitian lebih mendalam adalah lebih diperlukan sebelum menghukum secara semberono.
ayat yang lebih baik dipakai untuk kita selektif. kalau nak tolak, setakat mana nak ditolak.
kalau nak terima setakat mana nak diterima.
aku menolak sekerasnya pembodohan. sama ada mengguna jalan agama-pendogmaan. atau jalan ideologi pendoktrinan.
kalau aku sendiri yang lahir dari blok fundamentalis-islamis pas pun berani kutuk pas.
ideologi yang tak membenarkan dicabar atau cuma mau satu pandangan sahaja digunakan lagilah aku lawan.

Ulasan