calang dan non komformis.

kalau gunawan muhammad caping. catatan pinggir. aku calang.
catatan langgar.
menarik jika mau ditinjau peranan indonesianis yang sentiasa saja memberikan kalimat-kalimat baru untuk bangsa kita. tan malaka juga antara yang rajin memberikan istilah baru seperti gerpolek, madilog, pari, dll lagi.
jika blog ini akan dibukukan (taktau bila) aku namakan ini sebagai calang.
melanggar semua tatabahasa skema yang diaturkan oleh biro tatabahasa daulah, iaitu dbp.
-sekarang sudah ada mock baru pada nama dbp. sebab mereka geram agaknya. dubook press -dbp.
bagi aku kenapa guna stail begini.
kerana ide akan lebih mudah ditulis.
editor yang akan menyusun dan mengedit. atau mengolah-memasukkan tatabahasa. kalau tak apa guna atau apa kerja editor. kan?
kerja penulis/pengarang menulis-menulis dan terus menulis.
melahirkan ide-ide baru. sementara di tangan editorial lah yang berperanan untuk mengedit semula tatabahasa karyawan.
ide lebih cepat mengalir jika ditulis dalam kaedah langgar tatabahasa begini.
ibaratnya jika pada masa yang sama menulis, pada masa yang sama juga membetulkan tatabahasa, seperti ada roadblock-sekatan jalan atau lampu isyarat setiap 100 meter. sangat sakit kepala. merencatkan penulisan.
dan kita kena eksperimen lebih banyak kaedah untuk berjaya. ini prinsipnya. bukan kaku-keras lagi beku pada satu-satu teknik.


non komformis.


alahai.
ini bukan pandangan atau pegangan aku seorang.
khabarnya hazrat imam ali kaw juga begitu. satu soalan dijawab dengan 10 jawapan.
imam ibn taimiyah juga begitu. ibn hazm juga popular begitu.
jangan silap faham. popular bukanlah bermaksud dia menjadi popular dan mendapat banyak keping syiling emas.
tetapi popular untuk dikenakan dan difitnah. sekian ramai demagog berjanggut panjang berserta pembesar beragam hebat giat melancarkan fitnah dan tohmah tidak masuk akal kepada ulamak degil nama ibn hazm ini.
aku tidak suka menjadi pak turut. hatta dalam ideologi kiri *sosialisme. komunisme. anarkisme.
aku mahu melawan saja. mana-mana yang melarang penggunaan akal dan deria fikir, mesti aku mau lawan.
kalau usrah yang didogmai oleh fikrah im pun aku lawan, inikan pula dogmatis-dogmatis partisan yang suruh aku mengikut sahaja.
biarlah walau seorang pun.

Ulasan

Catatan Popular