nekad.

jadi sekarang aku full-timer. fulltime activist.
aku dah berenti kerja.
bukan maksud aku berenti kerja tu, aku berharap pada bantuan orang lain.
tapi aku bekerja juga.
cuma kali ni bekerja untok diri sendiri. untok bangunkan diri sendiri.
selama ini aku fikirkan semula, aku bekerja memang untok orang lain. untok bangunkan perusahaan orang lain.
tapi untok diri sendiri?
cukop bulan duit habis begitu saja.
walaupun waktu aku nak berhenti kerja kali ni, ada tawaran dari mr. tony.
tetapi benarkah keputusan berhenti kerja aku, untok aku bergayut pada perusahaan orang lain pula?
aku kena buat keputusan yang nekad.
sekalipun aku sudah nikah. mazhab hanafi. sudah ada isteri.
tak lama lagi bakal duduk sekali.
aku kena nekad.

sampai bila berhenti dari satu kerja. untuk bekerja dengan orang lain.
tak cukup lagikah ilmu dan pengetahuan yang aku peroleh selama ini untok aku berdiri di atas kaki sendiri?
maka aku membuat keputusan bukan sembarangan.
bukan semberono.
perlahan-lahan selepas terkantoi dengan bos, akibat menginap secara haram beberapa hari di tempat lama, aku menapak ke rumah sewa baru di shah alam.


kerana aku sudah boleh buat penghasilan sendiri, perlu apa lagi bergantung pada kocek perusahaan orang?

Ulasan

Catatan Popular