mencabar batas diri sendiri.

baru balik dari baca puisi lewat petang tadi.
lepak dengan eddy. makan mekdi. ha ha.. siot punya eddy.
tapi baca puisi kali ni petang tadi. puas. sangat.
ini kali pertama kot. agaknya. baca puisi tanpa topeng untok tahun ini.
aku tak hensem mana. jadi bertopeng. inilah alasan paling relevan kenapa aku bertopeng.
ha ha.
alasan yang seksual. freud.
lagipun bertopeng membolehkan aku berekspresi apapun. aku nak menjerit atau apa, semua ok.
kerana topeng.
kali terakhir bertopeng. tahun lepas. di klscah. pengerang diserang.
aku suka bila tengok semula video tu. eddy lambat sampai masa tu.
chk lee yang rekod video.

aku akan ingat kenang-kenangan ini.
tapi sementara masa muda ni. biarlah aku bereksperimen tak ingat punya.
tak mahu bernostalgia atau membangga apa. masa muda akan berlalu pantas.
aku dah berumur 25 pun. dah kahwin pun.
lagi lama aku diam. aku sebenarnya sedang membunoh diri sendiri.
biarlah kalau mati pun. mati bawa makna.
dah kahwin ni. mati pun puas hati. apalagi yang aku nak.
sekarang aku nak cabar batasan diri.
biar apa nak jadi pun.
pada isteri sayang. sudah aku pesan.
awak kena kuat apapun. jangan lemah.
satu aku mencabar dengan karya sastera aku. biar sastera cakap benda benar.
prinsip yang aku pegang lama. kata benar meski pahit. sebaik-baik jihad. kata benar di hadapan sultan zalim.
biar aku mati sebab satu hadith ini pun. jumpa nabi nanti pun tak segan.
aku mati sebab hadithmu ya rasul.

dan yang kedua.
aku nak cabar apa yang orang lain hari ni banyak tak mampu nak buat.
iaitu buat apa sahaja yang dia suka.


Ulasan

Catatan Popular