teori pendidikan percuma.

memberanikan diri mencoba untok berteori tentang pendidikan percuma.
ah. aristotle juga berkembang di jalanan suatu masa lampau, sebelom pemikirannya pada hari ini terkurong dalam penjara universiti.

aku menulis dalam wall facebook aku begini, mengharapkan perhatian komrad-komrad facebook.
aku tengah pikir.
idea pendidikan percuma. islamik atau tak, mana2 sahaja yang berunsorkan kemanusian dan pembebasan, bagi aku itulah islamik.
anti tesis kepada pendidikan percuma adalah pendidikan berbayar.

maka ada dua pihak dalam bab ini. satu yang mahukan pendidikan percuma. dan satu lagi yang mahukan pendidikan berbayar.
...
sedangkan kaum intelektual sendiri meyakini bahawa pendidikan adalah barang asas dalam kehidupan.

maka bukankah sepatutnya jika idea pendidikan percuma ini mustahil sekalipun, wajarlah kaum intelektual yang meyakini bahawa pendidikan adalah barang asas dalam kehidupan, bertungkus lumus, berteori mencari rumusan-rumusan, melakukan kajian demi kajian, untok membolehjayakan teori pendidikan percuma menjadi realiti pedidikan percuma?

mohon respon kalian.
 
selain daripada ptptn, sebenarnya kita mempunyai masalah yang besar berkait dengan orang kaya dan pendidikan. masalah ini juga berkait dengan perkhidmatan yang sepatutnya diselenggarakan dengan baik oleh kerajaan tetapi telah disub kepada pihak swasta.
contohnya, seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan, komunikasi seperti internet dan lain-lain lagi.
 
apakah semua ini?
kita ambil contoh mudah dalam bab kesihatan, klinik-klinik kerajaan ternyata lebih teruk layanan dibanding dengan klinik-klinik ataupun hospital swasta. klinik sudah menjadi suatu tempat untok menjual ubat-ubatan. bukan lagi klinik yang bekerja untok membantu umat manusia.
sedangkan pada awalnya, doktor-doktor ini dibiayai oleh dana kerajaan. tetapi pada akhirnya mereka kemudian pulang ke negara mereka dan membina sendiri pusat cetak duit sendiri.
 
internet pada abad globalisasi ini juga sudah dimonopoli oleh kantong-kantong pihak swasta. sedangkan bukankah seperti tivi di malaysia, bahkan juga jika kita membeli radio, sudah ada beberapa line atau siaran yang boleh diperolehi secara percuma?
masalahnya di malaysia, mengapa hal komunikasi seperti internet sudah menjadi semacam satu perlumbaan monopoli oleh pihak swasta?
 
balik semula kepada masalah pendidikan percuma tadi.
yang menyebabkan aku berpikir semula tentang idea pendidikan percuma ini adalah, kerana aku sedang bekerja di sebuah kedai makan milik seorang buddhist.
kerja di kedai makan ini, bos aku menggajikan aku sebanyak rm1200 bersih. kemudian ada tempat tinggal lagi. dan makan minum ditanggung sepenohnya.
gaji aku full rm1200, tanpa ditolak walau sesen pun.
 
maka aku fikir balik, bukankah ini agak ideal jika kerajaan pun boleh pikir benda yang sama? kerajaan mestilah lebih banyak duit dari rakyat biasa, dari bos aku di kedai makan ini. mengapa mereka tak boleh menghasilkan pendidikan percuma, yang mana dengan pendidikan percuma itulah yang suatu hari nanti, akan membangunkan negara malaysia merdeka ini.
 
tetapi tak. kerajaan atas sebab mahu menjaga tembolok pihak swasta, lebih rela membuat duit dengan anak-anaknya sendiri. jika kita ibaratkan kerajaan sebagai bapa, dan rakyatnya sebagai anak, maka celaka besarlah bapa itu bila meminta anaknya membayar semula kos yang digunakan selama ini untok menanggong anaknya, bila anaknya itu sudah besar.
 
itu satulah. tentang kerajaan. akan tulis semula bila ada poin lain.
poin kedua tentang kebolehjadian atau ketidakmustahilan pendidikan percuma ialah dengan orang-orang kaya.
aku dengar syed mokhtar albukhary sahaja memiliki kekayaan melimpah ruah. ada gas malaysia. ada modenas. ada bank muamalat. ada drb hicom. ada puspakom.
celake besar mamat ni. dia kaya sorang-sorang dia merakus hasil mahsul bumi kita begitu sahaja?
 
bagaimana jika aku cadangkan untok teori pendidikan percuma ini, mana-mana individu yang sudah menjadi jutawan, diwajibkan memperuntokkan suku daripada pendapatannya untok pembangunan sistem pendidikan percuma?
mereka buat duit atas negara kita, mengapa kita tak berhak menuntot untok warga malaysia kita? banyak sahaja orang-orang kaya dan pelabor asing buat duit atas perut bumi kita, mengapa kita tak boleh mintak sekurang-kurangnya jumlah yang fair untok pembangunan pendidikan, iaitu barang asas dalam kehidupan kita secara percuma?
 
hadiy syakir ada berkata, "bukankah pendidikan itu asas kemanusiaan?

pendidikan dan kesihatan bukan untuk didagangkan."

Ulasan

Catatan Popular