memanfaatkan insomnia dan negara berpendidikan.


 aku takleh tidur beberapa malam ni. kesan sakit kepala beberapa minggu lalu. lama-lama tu, fikir sia-sia sahaja kalau insomnia ni meratah masa tidur aku. esok dahlah nak kena kerja. semuanya tentang masa. fikir balik. baru ni ada menulis tentang  teori pendidikan percuma. kemudian semasa kembali ke memali, melepak dengan alynn dan azim hamid di ulu legong, berborak panjang sebelom tidur tentang pendidikan utopia kami. 

montessori, kumon, mokhdar dan lain-lain kaedah yang superb lagi power. ternyata pasti, sistem pendidikan pra sekolah parti islam pas tiada apa-apa kaedah. selambe derk je mai pakai amek cikgu. letak dalam bilik. 



pastu ajar budak. juga tanpa ada apaapa kaedah. islamik? islam tu ada cara. kaedah yang dibikin pembikin montessori, kumon, mokhdar mahupun lateral thingking dari de bono pun, ada cara, ada kaedah. bukan main rembat sahaja. kaedah mean, penelitian dalam perancangan untok mencapai sesuatu. ianya disiplin. atau dalam kaedah aswj, ia kita panggil sebagai method.

 cai-cai pas akan bertungkuslumus selepas ini untok kata mereka juga ada kaedah. kita rembat mereka semula jika ada kaedah dengan bertanya, apa kaedahnya?


tinggalkan pas sekejap. bab montessori, kumon, mokhdar tu, hanya mokdar sahaja daripada malaya, maka kami berpikir malam tu, kan elok jika kaedah itu bukan dimonopoli sepihak mokhdar sahaja? 


jika kerajaan ikhlas membantu, dan ilmu pengasas mokhdar itu memang li mardhatillah, ilmu untok mengilmukan manusia, bukan ilmu untok buat duit, bolehtak jika ilmu itu diajarkan kepada semua anak bangsa kita, anak bangsa malaysia? jika mahu rakyat negara ini berpendidikan maju, boleh tak kerajaan memperuntokkan sejumlah royalti yang lumayan untok keluarga mokhdar, dan kaedah mokhdar mulai diajar di setiap sekolah dalam malaya? bukan cuma diajar untok sekolah-sekolah elit sahaja. mengapa kepandaian itu cuma layak dimiliki oleh orang-orang berduit? mengapa kepandaian itu tidak disosialisasikan, maksud saya, mengapa kepandaian itu tidak diberikan peluang untok semua marga dalam negara untok merasanya?


 lebih futuristik lagi, sekiranya skor a itu [sebuah sistem penubian soalan] tu bermanfaat untok umat negara ini, mengapa tidak kita ambil sahaja kaedah itu, pakai dengan sistem kita sendiri? kerajaan cuma perlu tanggung sedikit kos sahaja. mengapa perlu layan sangat karenah kapitalis? skor a itu [yang berorientasikan mlm] sewajibnya sedar apakah matlamat ilmu. mereka membuat duit atas bumi kita, mengapa kita tidak berhak mengenakan sharat tertentu kepada mereka dalam mengeksploitasi sistem yang ada dalam negara kita? aku beranggapan. jika tiada exam oriented di malaya, sukar sekali pemuja-pemuja skor a mengaut untong di bumi kita. negara berpendidikan ini maksud aku lebih jelas akan fokusnya. sistem pendidikan tidak boleh dibisneskan. 


pendidikan bukan alat untok menimbun kekayaan. pendidikan adalah alat untok mencapai kemanusiaan.


 lagi, segala apa penemuan dan pengkajian pendidikan yang terbukti berkesan, atau bertahap eksperimental ataupun percubaan mencari kaedah lebih berkesan dalam pendidikan mestilah ditaja penoh oleh kerajaan.


 ini adalah lebih bijak untok kerajaan pandang masa depan dari melabor sekian banyak peruntukan pada artis hiburan dan sukan. kita tidak perlukan ramai atlet dan artis yang sekian banyak sekarang di malaysia sampai mengabaikan sistem pendidikan kita yang merosot dan maseh lagi bermazhabkan kapitalis.

Ulasan

Catatan Popular