guru. dan pemikiran melawan.
maseh gagal menulis setiap hari. di blog ini.
tapi memang pun menulis setiap hari di tempat yang lain.
macam gambar di atas. aku selalu pergi tempat kerja usung dua buah buku. sebelum ni satu sahaja. buku untuk menulis apa sahaja. buku kosong. dan satu lagi yang terbaru, bermula pertengahan bulan lepas, apa-apa sahaja buku yang boleh dibaca. minggu ni buku adam khoo.
sekali aku tarik buku bacaan. kemudian aku akan tarik buku untuk aku tulis. ini latihan. ini perancangan. jadi masa aku bekerja, aku fikir efektif. passion aku bukan di kedai makan ini. ini cumalah kerja untok aku tanggung hidup aku yang satu lagi.
tapi apa yang aku tulis, dan apa yang aku baca ini berlaku waktu aku tak buat apa-apa kerja, dan pelanggan tak ada ataupun sudah tak pesan apa-apa.
mahu berblog lebih kerap daripada biasa. kerana aku tahu blog ini memang ada pembaca tetap walaupun aku telah hack anonymous dari komen. aku tak suka anonymous. pengecut. dalam ruang maya, avatar pun nak takut.
beberapa orang yang aku tak bajet baca blog ini, menjadi pembaca tetap. ya. sebolehnya blog peribadi ini takmau dikenali atau nak pecah rating ke apa dengan bubuh berita atau entri mengarut atau entri cari makan. ini pengalaman pemikiran aku tempoh dan kehidupan seharian aku. enough.
**
guru. dan pemikiran melawan.
aku ingat hidup aku tak berfungsi, takda guna, nonsense, worthless sampai umur aku masuk ke kuis dan berjumpa abdul rauf baharudin.
ini pemula dalam pemikiran aku. walaupun bukan dalam bentok dogmatik, ianya agak dogmatik. tetapi kami serasi. berguru. cabar mencabar. debat berdebat. sampai lahir keyakinan teguh. dan berani berkepercayaan.
dia naqib yang baik. dan aku sampai dah lepas dari zaman usrah pun, tetap akan salute dia. belajar berkenal akidah ashairah, berdebat panjang tentang syiah semester 2 tatkala rakan-rakan lain dilahap rakus sistem peperiksaan, kami buat benda-benda lain.
dan dia terbang ke mesir. sementara aku tidak. aku akhirnya dropout.
rauf tinggalkan aku dengan guru baru berbentuk buku. faisal tehrani.
bolehlah aku mengatakan bahawa aku lagi terkesan dengan pendirian pemikiran tehrani dalam sastera radikalnya. sasteranya radikal lagi progresif, manakan ku jumpa lagi sasterawan sebegitu. agak tidak melampaukah jika aku mengatakan, aku lebih terkesan dengan tehrani dari pak samad?
berdebat bergulat panjang sepanjang membaca naratif-naratif tehrani, sama ada dalam blognya mahupun novelnya. tehrani memberikan aku pendirian pemikiran sastera intelektual-radikal. cukup bergaya walaupun sampai saat ini aku maseh belum ada apa-apa karya berbentuk naratif yang memiripi karya beliau.
aku mula meninggalkan tehrani selepas pengarang besar itu mula mabuk dalam dunia syiah. aku bukan makhluk propa. atau mangsa propa. aku manusia sapere aude.
fasa seterosnya bergoncang dahsyat. aku seorang diri. takda sesiapa. jiwa terpenjara selepas usai zaman kampus. dan tiada siapa lagi untok seorang non komformis bergayut.
aku temui dinsman.
dia penyair berani.
ada karisma.
dan pelbagai lagi yang menarik tentangnya.
kami berbengkel. kami bersahabat. dia dan aku bukan lagi seperti seorang bapa dan anak, tetapi seperti seorang kawan.
ramai orang mutakhir ni suka bertanya, dari mana aku belajar berpuisi. [sebenarnya berdeklamasi, sebab aku tak fikir aku sesiapa pun, jika aku tidak berani berdeklamasi] maka jujur aku katakan, aku belajar dan menerima semangat untuk berani berdeklamasi ini dari penyair bernama dinsman.
dari hari ke hari cuba membina gaya sendiri.
walaupun aku fikir puisi aku maseh belum ada bentok tersendiri. tapi dari gaya deklamasi, aku dah buat sesuatu yang anti klise.
aku tinggalkan dinsman dan komrad paksi selepas berkrisis dengan mereka. dan sebagai seorang anak muda, aku tak mahu dipegang oleh sesiapa.
fasa seterosnya lebih baik dari fasa-fasa sebelom. ini fasa peningkatan dan fasa perubahan dalam pemikiran. betul-betul berubah. betul-betul memaknai seorang non komformis.
jumpa dengan gordo.
sebenarnya sudah beberapa kali sebelum ini.
tapi kali ini yang lebih mengesankan sebab aku tinggal dengan dia beberapa bulan. sebelum aku dapat job yang lebih baik.
di rumahnya belajar beberapa benda. pemikiran marhaen radikal. benar-benar memaknai apakah ia perjuangan sang mustadhafin.
siapa dia mustadhafin selepas zaman rasul saw?
dan gordo selalu mengungkapkan tentang abu dzar.
dan aku kembali mengenang dr. ali shariati.
sesetengah muslim sunnah yang bias, gemar benar melabel pemikiran sebegini sebagai syiah.
sebetolnya aku tak peduli pun terhadap muslim yang bodoh, yang mahu kekal dalam alam kebodohannya.
maka kami pergi lebih jauh. meneroka sisi-sisi dalam dunia mustadhafin. bukan lagi belajar berteori. tapi sudah masuk dunia praktikaliti.
pergi lebih jauh sampai ke gebeng, balok, pergi ke kelantan berdemo royalti di sana, sebelum itu berdemo depan bukit aman, janji bersih, di jalan sultan, dan pelbagai siri demo aku fikir telah menguatkan ikatan persaudaraan revolusi.
mereka selalu kata, kena berguru dengan seorang guru. atau dengan guru secara fizikal. dan selalu benar tanya guru aku siapa.
maka di atas itu ada nama guru-guru aku. ada yang telah meninggal seperti dr. ali shariati. dan ada yang aku pernah jumpa cuma sekali, seperti dr. faisal tehrani.
dan selebihnya, banyakkan baca bukulah.
[gordo tu takda ustaz sangat pun. dan dia lagi kritikal dalam mengkritik ustaz jadi-jadian. tapi power je aku tengok. poinnya adalah, walaupun cuma seorang guru pun, yang penting kamu tekun dalam mencari ilmu. dan aku tak hadkan ilmu aku pada si fulan dan si fulan. terus mencari sampai aku mati nanti]

Ulasan