masalah rambot kelomomor.

rambut aku sering sahaja mengalami masalah kelomomor. bukan hari ni baru aku sedari. tapi dah lama.
dan bukan sahaja ada kelomomor tapi rambot aku juga beruban. bukan satu dua lagi. tapi dah beruban-uban. dalam waktu semuda ini, rambot aku dah beruban-uban. aku rasa waktu aku sekolah menengah lagi, waktu aku nak digunting rambot kerana berambot panjang, tukang gunting mendapati ada uban di rambot aku.
tapi rambot uban bukanlah masalah negara. kan?
ke masalah negara?
atau rambot kelomomor pun, bukanlah masalah negara, kan?
aku perasan benda-benda sepele ni selalu sahaja dititikberatkan oleh polis-polis moral dan polis-polis fesyen. ini tak boleh. itu tak boleh. ini tak betol. itu tak betol. mereka hanya nak kita ikot kod pakaian mereka sahaja.
aku perasan juga kekalahan dan ketewasan hujah polis-polis moral ini bila menghentam karl marx. dihujahkan mereka bahawa karl marx adalah seorang komunis yang tidak suka mandi.
masa aku dengar tu, macam best lah pulak. seolah mendapat peluru tambah bahawa marxis-marxis ni tak suka mandi. ha ha.

tapi apa kena mengena mandi dengan kebenaran?
ya, aku tahulah islam itu berdiri dengan kebersihan, an-nazofatul minal iman. tetapi apa kena kita melawan hujah orang dengan perangai dan sikap orang? apa kena mengena karl marx mandi tak mandi dengan hujah ekonominya?

ada lagi yang pernah aku baca dalam majalah islamia, mereka mempertikaikan marx yang sangat bengis dan meminta duit belanja dari mak bapak nya sampai mak bapaknya mati. dan dalam jurnal islamia itu, dikatakan bahawa karl marx tidak menyesal akan perlakuan itu kerana hujah karl marx, itu adalah tanggungjawab ibu bapanya.
aku tak fahamlah. kenapa kalau nak serang hujah musoh, kena diserang batang peribadinya? ada kena mengena ke?

hari ni aku jalan-jalan dalam internet. dan dua tiga hari ni selepas agak blur dengan kos ongkos melampau mahal untok pembelian empat buah buku dari indonesia, aku sedang ushar buku-buku kiri terbitan psm. menarik untok aku mulakan kebudayaan buku-buku perlawanan dengan buku-buku dari malaysia terlebih dahulu.
masa ushar-ushar tu, aku terjumpa satu web bagus ni. marjinkiri.com. peh!
boleh tahan buku-bukunya.

ada satu buku ni aku tak berapa faham mulanya. tapi komradseni sharifah nursyahidah mengatakan dia tertarik pada buku ini. aku pun bacalah secara ringkasnya pasal buku ini.


Dilarang Gondrong!
Praktik Kekuasaan Orde Baru
terhadap Anak Muda Awal 1970-an
Aria Wiratma Yudhistira
ISBN 978-979-1260-07-7
161 hlm + xxii; 14 x 20,3 cm
Rp 51.000,-
 

"Kisah memikat tentang munculnya anak muda sebagai kategori politik dan budaya di masa Orde Baru. Mengambil tema gaya hidup yang sepenuhnya diabaikan dalam studi sejarah konvensional di Indonesia, studi yang orisinal ini sanggup mengupas kontradiksi dalam "politik anti-politik" Orde Baru. Terobosan penting dalam studi sejarah sosial."


Hilmar Farid, Institut Sejarah Sosial Indonesia



Pada awal berdirinya Orde Baru, musuh besar penguasa ternyata bukan hanya komunisme, melainkan… rambut gondrong!


Persoalan yang sepertinya sepele ini ternyata menyita perhatian khusus penguasa. Petinggi militer mengeluarkan radiogram pelarangan rambut gondrong, bahkan Pangkopkamtib bicara mengenainya di TVRI. Instansi publik menolak melayani orang-orang berambut gondrong. Pelajar, mahasiswa, artis, dan pesepak bola dilarang gondrong. Razia dan denda digelar di jalan-jalan, melibatkan anggota pasukan teritorial bersenjatakan gunting, bahkan pernah dibentuk Bakoperagon (Badan Koordinasi Pemberantasan Rambut Gondrong).


Pertanyaannya adalah: mengapa? Mengapa Orde Baru begitu cemas akan rambut gondrong?

Dengan apik sejarawan muda Aria Wiratma menelusuri kembali episode menggelikan sekaligus mengenaskan dalam sejarah Indonesia ini, awal dari sikap paranoid rezim yang selalu melihat rakyatnya sendiri sebagai ancaman.


"Pelarangan rambut gondrong tahun 60-an dan 70-an bukan hanya soal perbedaan persepsi tua versus muda, militer versus sipil, laki-laki versus perempuan, tetapi menyangkut pula masalah praktik kekuasaan dan simbol perlawanan terhadap kekuasaan tersebut. Mengapa penjahat yang ditangkap aparat keamanan kepalanya digunduli ? Apakah ada anasir subversi bersembunyi di bawah rambut itu? Pada era ’70-an biasanya perampok diberitakan berambut gondrong, tetapi sebaliknya era ’90-an penculik para aktivis dikabarkan berambut cepak. Buku ini mengawali diskusi tentang kuasa terhadap tubuh pria. Wacana yang patut didorong."


— Asvi Warman Adam, sejarawan LIPI


Ulasan

Catatan Popular