naratifpuisi raya dan cerita-cerita orang rohingya. [NARAYA]


aku sudah selesai membikin senaskhah zine. berkat kerjasama komrad facebook aku.
aku ingat zine pertama ini aku cuma jumpa seorang sahaja pengkarya untuk siapkan. tidak termasuk gordo. sebab aku serumah dengan dia. dan arafat hambali walaupun dia juga pengkarya tetapi untuk menghasilkan zine ini, aku tak jumpa dia pun.
jadi apa aku nak cakap ni.
sebenarnya sangat karutlah bila gerakan mahasiswa mendakwa dan mendabik dada paling ganas bertempur dengan aristokrat universiti. akan tetapi tidak ada sekurang-kurangnya zine.
zine atau apa sahaja buku bercetak adalah revolusi panjang.
sebab itu aku mahu fokus dan serius dalam bab ini. aku wajib kerek dalam bab ini sebab aku nampak gerakan mahasiswa jika sekadar mahu bermain-main dalam perjuangan kampus dan mencari isteri atau suami di akhir tahun pengajian maka memang aku tak harapkan apa-apalah.
perjuangan ini panjang lagi.

sebab itu mesti difokuskan apa jangka panjang dan jangka pendek. bukan mahu jadi lelaki biasa. cuma hadir ceramah dan beri sumbangan dalam tabung derma jihad dianggap sudah berjihad. itu pemikiran tewas.
memang naratifpuisi atau aku singkatkan menjadi narasi adalah fokus pada seni.
akan tetapi seni kami seni revolusi. kami tidak main-main akan hal ini.
aku mahu orang menghargai seniman dengan bakat seni mengalir dalam darah pekatnya. bukan dengan tudung yang dia jual. atau gelang kesihatan syarikatnya.

sebab itu aku tak mahu main dalam politikal parti sempit. meskipun berpandangan parti politik diperlukan di malaya.

aku nampak rohingya. dan aku mahu kawan-kawan aku melihat sejauh itu juga. bukan perjuangan perasan. berdemo sampai ke palestin dan syria. rumah tangga asia tenggara buta pula.
deadline 9hb8 ini. jika ada karya hantar sahaja pada ilazneb@gmail.com

Ulasan

Catatan Popular