dslr. bersepah.


12.05pm 25/6
aku maseh belum kayaraya lagi sampai sekarang. dan soleh rajin benar mengulit blog aku. biarlah tulisan aku ada faedah. ini bukan lagi janji, tapi ini nazar.

aku sempat beroccupy ke gebeng, quantown. kotalama tempat aku gelandangan hampir setahun yang lalu. suku tahun aku di sana mencari cinta tak kesampaian. sudahnya aku terfitnah angkara gataltangan sendiri mahu mencuba segala.

(demokrasi terdera: antologi puisi jadi senjata ii)

sekarang aku pulang ke rumah eddy gordo untuk ambilbarang selepas seminggu gelandang. lepas hantar baju untuk didobikan, baru rasa sikit lega dan bersih. baju kotor dan kuku hitam begitu menumpulkan daya kekreatifan. aku hampir tak boleh menulis dalam keadaan kotor dan berbau.

tadi cuba minta kerja kedai makan, belum ada rezeki lagi. bagus juga aku jumpa eddy sekejap. boleh caj idea. aku cuma bosan dikongkong. tapi untuk membiarkan diriku dari
meminta-minta, terpaksa dikongkong kena difikirkan semula. aku sangat mengharapkan aku konsisten sampai bilabila mengharamkan diri aku dari memintaminta pada sesiapa [tidak termasuk tuhan.] kerana maruah aku lebih tinggi.


agak bersepah juga catatan dslr ini kerana sesetengahnya ada diblogkan dan ada yang kekal dalam simpanan untuk dibukukan satu masa kelak selepas aku berjaya beli kamera dslr. dan sementara mencari kerja lebih baiklah masa yang ada ini diisi dengan sesuatu yang aku minat dan boleh buat iaitu menulis, menulis dan terus menulis. bilakah akan berhenti menulis? taktahu kerana selagi ada nyawa selagi itulah akan menulis, menulis dan terus menulis.


menulis dan berjalan. itulah aku cuba praktiskan dari kuliah dengan pyanhabib hari itu. nampaknya bila aku cuba bandingkan dengan travelog cheguevera dan pyanhabib maka secara otomatik aku gagal. meskipun soleh cakap zaman sudah berubah dan agak payah untuk dibandingkan, aku tetap merasakan aku anak manja. aku berlaptop dan ada duit belanja semasa cuba untuk gelandangan di dataran.

ya. ada beberapa kesimpulan juga yang aku dapat sepanjang lebih seminggu di dataran. pertama rumah. rumah adalah persoalan mahabesar manusia materialistik abad ini. barangsiapa yang tidak memperdulikan rumah atau tiada rumah, dia semacam bukan dari planet bumi, dan itulah yang berlaku padaku sewaktu usai projekgelandangan, bila puisi berjalan itu. aku cuba mencari kerja dan soalan agung ditanya adalah, kamu tinggal di mana. bila aku katakan aku tinggal di dataran, soalan lebih spesifik akan ditanyakan. yang buat aku jadi benci pada manusia
materialistik ini adalah, [sangat sangat benci] kerana nilai peduli mereka pada manusia sudah semakin mengurang, mengurang dan mengurang. tiada simpati airmuka di wajah mereka.

mereka lupakah, atau mereka bodohkah atau tidakkah mereka ketahui betapa mereka sangat tolol kerana lupa mereka adalah manusia? berapa banyak manusia di kualalumpur yang menjadi gelandangan sepenuhmasa? yang tiada kerja dan cuma tahu mengharap sahaja? dan bila orang itu mula mencari kerja, kamu bilang dia tidak boleh kerja kerana tempat tinggalnya adalah di dataran atau di gelandangan? manusia jenis apa kamu ini? lembu lebih mulia dari kamu. mana nilai kamu sebagai manusia? sudah berapa lama kamu tidak tahu bahawa kamu bukanlah lagi manusia? di luar dari hawadingin pejabatkamu, manusia-manusia zombi [matpit] berkeliaran di luarsana mencari dan mencari sesuatu untuk menjadi manusia, sementara kamu manusia sedar sudah jadi shaitan?


Ulasan

Catatan Popular