Rabu, 26 Disember 2018

tak minat bola, tapi Whistle memang power!

aku main juga bola, bukan tak main langsung. tapi mungkin kerana sepakan aku tak berapa cantik, jadi perlahan-lahan minat itu memudar lantas menghilang terus. samalah juga dengan kemahiran melukis. dulu pernah juga melukis komik, semasa di sekolah rendah - pengaruh kawan dan adik beradik. tetapi lama kelamaan, 1) disebabkan tidak digilap dan 2) mak tidak berapa gemar (juga 3, iaitu faktor agama yang tak mengizinkan lukisan) minat itu pun terbunuh begitu sahaja.

balik kepada bola tadi, sungguhpun tak minat, manga Whistle! adalah sesuatu yang lain. ia tidak juga berjaya menambat aku untuk meminati sukan kegemaran ramai ini, tetapi ia sepertimana Naruto memberikan sesuatu yang lain. semangat, kesungguhan, kesedaran diri watak utama Kazamatsuri Sho yang tidak mempunyai bakat sangat mempunyai suatu ransangan kepadaku - walaupun watak ini tidaklah begitu kugemari - boleh jadi tiada watak kegemaran aku pun dalam manga ini. aku lebih fikir Whistle! itu menjadi menarik kerana kesatuan semua watak-watak yang berkumpul di dalam manga ini.

karya Daisuke Higuchi ini memang mantap! aku baca seingat aku ketika aku di tingkatan tiga - umur 14 tahun pada masa itu - tetap tak mempengaruhi aku dalam bola, meskipun sekolah agama aku juga tidak mempunyai padang bola ketika itu, tetapi padang mini - lebih khusus untuk takraw, tetap sekalipun aku bermain, tidak mampu membuatkan aku aktif dengan sukan outdoor sebegitu. sepakan aku juga tidak begitu bagus dalam takraw. tetapi seronok menyaksikan kawan-kawan bermain.

dan Whistle! antara manga yang akan terkenang sebagai manga sukan yang sama (atau lebih) hebat dari Eye Shield 21 - kerana ia lebih real.


Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...