Isnin, 6 Ogos 2018

Tua-tua pun masih berlakon.

Bila aku tengok Tom Cruise pun masih berlakon, Fallout adalah Mission Impossible yang ke-6 yang dilakonkan oleh beliau, Stallone yang masih berlakon, Arnold Susah-nak-eja (Gempak style) pun masih berlakon, Jackie Chan -filem yang paling menarik, The Foreigner- dengan Pierce Brosnan yang sudah tua tapi masih lagi berlakon, ia seharusnya membuatkan aku untuk lebih bersemangat dalam bekerja, menyumbang dengan pengetahuan apa yang aku ada dan mampu. Mereka ni semua tua-tua masih berlari ke sana-ke sini, aku juga harus mencontohi mereka dalam bidang aku - penerbitan/penulisan (Linguistik) dan juga mempertingkatkan diri dengan bermacam-ragam ilmu pengetahuan. Dan terakhir adalah sangat penting, sekiranya belum mampu menyumbang apa-apa -maka jadilah pelajar sepenuh masa- belajar sebanyak mungkin.

Denzel Washington pun akan keluar sekali lagi dalam The Equalizer 2. Apa yang membuatkan kesemua aktor yang disebutkan ini tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka sebelum ini? Kenapa tak cukup je duduk di rumah dan berpuas hati dengan hasil karya yang mereka buat selama ini -disebut otai- dsbnya? 

Mereka hendak meninggalkan tanda. Jika hidup ini sekali sahaja, mereka hendak buat betul-betul. Buat sehabis baik. 

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...