Persoalan2 atheism dalam karya2 fiksyen post apocalypse
dalam dunia yang serba huru-hara ini, selain idea kepercayaan kepada Tuhan, idea menolak kewujudan Tuhan juga adalah sangat laris. ini kita boleh jumpai dalam dua karya fiksyen hebat post apocalypse seperti Walking Dead dan HIVE. kenapa Tuhan menciptakan segala penyakit dan ketidakberdayaan ini? manusia-manusia dalam universe Walking Dead dan HIVE tertanya-tanya. jika ada Tuhan, kenapa Dia membiarkan manusia (anak-anak Tuhan) terkapai-kapai sendirian dan saling berbunuhan antara satu sama lain. persoalan-persoalan ini adalah persoalan-persoalan yang tak kunjung selesai. agama Islam khususnya akan menjawab, 'liyabluakum ayyukum ahsanu amala', sementara para atheist berteriak, di mana Tuhan jika Dia ada? mengapa Dia membiarkan manusia dipanah derita yang tak kunjung sirna? dalam karya ini, kritikan terhadap Tuhan dilontarkan sendiri secara sinis (selepas skeptis) oleh orang agama - paderi/nun yang sinonim dengan ketuhanan. mereka mula tergoyah pandangan keagamaan-ketuhanannya dengan penderitaan yang tak henti-henti ini.
Ulasan