Isnin, 20 Ogos 2018

Orang kita tidak reti berkonflik.

Konflik juga kritik adalah sangat jarang dilakukan oleh orang kita sesama orang kita. Ataupun jika ada adalah terhadap kumpulan orang lain. Bukan kritikan untuk kebaikan kumpulan sendiri. Kritikan hampir ditanggapi sebagai permusuhan. Jadi harus zip mulut serapat yang boleh jika ada perbezaan pandangan, supaya tidak bergaduh - bermusuh.

Kritik-mengkritik ini seharusnya dibiasakan dan dibudayakan untuk menuju masyarakat yang progresif. Supaya kita tidak membiasakan budaya yes-man di dalam lingkungan kita. Jadi di hadapan kita bukanlah sekadar teman-teman/kawan-kawan yang sekadar suka dan menyenangi apa yang kita katakan, tetapi juga para pengkritik, yang bisa setuju untuk tidak bersetuju, bahkan bisa menyanggah jika kita tidak betul atau berbeza pandangan.

Mungkin ini dilema manusia umumnya. Mungkin juga kita katakan sebagai orang kita, kerana kita berada dalam masyarakat kita. Mungkin umumnya manusia itu tidak mengkritik atau menghentam sesama puaknya. Sebaliknya lebih biasa menyerang puak orang lain.

Jadi budaya perpuakan atau menyenangkan puak/aliran masing-masing adalah bawaan primitif yang tidaklah berapa baik untuk dibenarkan untuk terus berjalan. Jika tidak, hanyalah muncul dalam majlis kita mereka yang hanya nak membenarkan apa sahaja yang kita cakap, bukan hendak memperbetulkan jika kita salah - bukan bermaksud di sini, kita akan menjemput mereka yang hendak memalukan kita.

Orang kita selalu mengkritik tentang sikap orang kita yang lebih gemar kata (kutuk) belakang. Tetapi adakah orang kita bersedia jika dikutuk secara berhadapan di khalayak ramai? Atau kita memberikan pandangan kita yang kita tak bersetuju dengan pandangan dia -walaupun empat mata- adakah orang kita boleh menerimanya dengan senang hati, atau berasa panas dan akan menghentam pengkritiknya?

Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...