Jumaat, 17 Ogos 2018

kenapa aku kata Melayu baik?

ini bukanlah sebuah kenyataan yang tidak berasas. sebaliknya, ia mempunyai asas yang sangat kuat. bukanlah sebuah kenyataan yang mahu meninggikan bangsa sendiri secara membuta-tuli.
cuba lihat bagaimana orang Melayu (Melayu di sini, maksud aku adalah orang Melayu Malaysia) membiarkan tulisan Jawinya mati, dan dia meleburkan perkataan-perkataan Melayunya dalam tulisan roman, tanda dia mahu orang lain (bangsa lain) pun faham apa benda yang diperkatakannya. jadi dia menulis dalam roman, supaya lebih ramai orang lain faham.

sebaliknya apabila dikatakan tentang kebudayaan lain, khususnya India dan Cina di Malaysia, mereka tidak berbuat sedemikian Melayu. kebudayaan mereka, hanya difahami oleh mereka sahaja. tulisan mereka masih tidak diubah ke dalam tulisan roman. 

ok. kau mungkin berkata, hal ini tidak penting, sepele atau remeh.
bagaimana jika orang Melayu beramai-ramai menggunakan kembali tulisan Jawi mereka? adakah kau fikir orang lain akan faham bahasa dan tulisan ini? bukankah ia akan makin mengeruhkan keadaan? 

kebaikan atau kebodohan kadangkala saling kait-mengait. kita tidak dapat memastikan ini adalah kebaikan atau kebodohan secara tepat. tetapi yang boleh dipastikan adalah, kebudayaan Melayu sebenarnya bersifat terbuka dan siap untuk menerima kebudayaan luar. berapa banyak istilah yang ada dalam perbendaharaan kata Melayu sekarang, bukanlah asli dari kebudayaan Melayu itu sendiri. tetapi datang dari luar. dan Melayu menjadi suatu bangsa yang kreatif apabila mampu beradaptasi-menyesuaikan dan kreatif dalam menggubahnya. untuk menjadikan bahasanya siap untuk diterima, ia sendiri harus membuka pintu dan memudahkan. dan inilah yang berlaku.

ini baru satu bab. baru tulisan roman. belum masuk bab-bab lain lagi. 

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...