Sabtu, 28 Julai 2018

Filosofi Battle Royale

"Lay your hands on a student now and you're fired."
Aku tercari-cari juga apa filosofi di sebalik filem (live action) Jepun bertajuk Battle Royale. Apa bendalah mereka mengarut-ngarut nak budak-budak sekolah berbunuhan di sebuah pulau. 
Akhirnya, quote yang aku petik dari guru sekolah itu aku fikir filosofi maha besar dari filem tersebut. Di mana pada masa sekarang ini, khususnya di Malaysia, budak-budak tak boleh disentuh, dicubit pun. Itu yang membuatkan budak-budak naik 'mua' (bahasa orang Kedah, merujuk kepada naik lemak). 
Filosofi yang hampir sama boleh kau jumpai dalam filem Crow Zero, yang mana budak-budak di situ bukan lagi datang sekolah untuk belajar, tetapi untuk menguasai kawasan dalam sekolah. Filem-filem Jepun juga drama bersiri dan manga/anime banyak mengangkat isu High School (Sekolah Tinggi) ini. Selain GTO, My Boss My Hero juga menampilkan tentang kebosanan untuk pergi ke sekolah. Sekolah adalah tempat untuk penundukan. Semua orang merasa terbeban dan terpaksa. Bukan sahaja anak murid, tetapi guru-guru juga. Guru-guru terpaksa, untuk bekerja. Sementara murid-murid dipaksa oleh ibu bapa. 
Sebenarnya masalah ini mungkinlah boleh diatasi dengan berhenti membuat manusia terlalu ramai. Dalam ertikata lain, kurang-kurangkan membiak. Maka kita akan dapati pengurangan mendadak manusia. Kita tak perlu menghadapi pelbagai masalah lagi. Selain kesesakan jalan raya, masalah guru dukalara, kekurangan guru, anak malas pergi sekolah, semuanya boleh diatasi. Dan kita tak perlu berbunuh-bunuhan pun. Tapi masalah ini datang, kerana kita sendiri yang hendak. Kita hendak makan, tapi kita benci taik yang kita akan hasilkan. Mana mungkin. Jika kita hendak buat anak, kita kena terimalah masalah yang anak-anak itu akan hasilkan.

rujukan lanjut, boleh baca di sini;
https://en.wikipedia.org/wiki/Battle_Royale_(manga)

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...