Selasa, 31 Julai 2018

bagaimana aku memandang Tom Cruise (atau Ethan Hunt)?

ini pemerhatian aku sahaja. aku rasa watak beliau ini agak pelik dan unik. bukan kerana beliau handsome. itu biasa sahaja. ramai lagi pelakon yang lebih handsome, pun aku tak tertarik. Forest Whitaker pun aku suka, walaupun gemuk dan hitam. jadi jelas di sini, handsome atau kacak tak penting langsung. 
yang aku jadi tertarik pada Tom Cruise ini adalah kerana watak yang dibawakannya. atau cara watak yang dibawakannya. cuba tengok Minority Report dan Oblivion. dua cerita sai fai yang epik. terlebih cara pembawaan - yang mungkin - akan jadi cara khas Tom Cruise adalah, wataknya yang dibuat seperti seorang lelaki yang bingung atau keliru. 
ini yang aku rasa tak ada pada Bourne -ceritanya bagus- yang lebih yakin dan deterministik juga Bond (out terus). tak tahu kenapa tak dapat minat Bond. mungkin cara perwatakannya yang teruk, kaki perempuan dan perlecehan terhadap orang lain.
sementara Mission Impossible, seakan menjadi gaya khas Tom Cruise. Bourne dan Bond telah bertukar ganti karekter utamanya, tetapi Mission Impossible masih lagi di tangan Tom Cruise. 
wataknya memang fokus, tetapi kelihatan terlalu banyak keraguan. terlalu banyak kemalangan yang berlaku. dia cuba hendak menunjukkan bahawa agen perisikan ini bukanlah manusia yang sok sempurna dengan beribu gajet canggih. ini tidak sama dengan Johnny English lakonan Atkinson yang serba leceh - aku tak rasa aku menonton cerita ini sampai habis. 
dan suatu tanda khas pada Mission Impossible, adalah dunia yang serba pengkhianatan. Tidak ada sesiapa pun untuk kau percayai dalam dunia ini. Hari ini boleh setia, esok belum tentu. 

manusia yang serba ketidakpastian, itu yang aku nampak pada pembawaan watak Tom Cruise.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...