Khamis, 21 Jun 2018

One Piece: Idea Persahabatan dan Perjuangan

Sementara ulama'-ulama' feqah daripada Sunnah (juga Syi'ah falsafah seperti Syed Hossein Nasr) masih lagi belum selesai-selesai membahaskan tentang seni lukisan kartun dll, orang-orang kafir Jepun penyembah matahari atau atheist (atau tak ambil pusing dengan segala ideologi) telah lama melakar lukisan kartun (anime) yang bertema persahabatan juga motivasi perjuangan. Mereka tidak ambil pusing sama ada nak menghidupkan apa yang dilukis mereka suatu hari nanti. Itu bukan masalah mereka langsung. Yang penting, hidup ini perlu dimaknakan. Manusia itu memberi makna kepada kehidupan mereka sendiri. Tanpa perlu disuruh-suruh oleh sesiapa. Jadi bekerjalah mereka semua (para artis tadi) memberi makna kepada umat manusia. 

Eeichiro Oda, Akimine Kamijiyo, Gosho Aoyama, Akira Toriyama, dan ramai lagi tak ambil pot pun tentang berapa banyak pahala yang mereka dapat hasil memotivasikan orang ramai untuk terus hidup dan tidak patah semangat. Mereka ini lebih ikhlas dan tulus dalam projek-projek dan karya-karya mereka. Mereka tidak fikir pun karya mereka Islami atau tidak Islami. Sementara kita masih lagi nak membahaskan, ini Islami, ini tidak Islami. 

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...